Now Reading
KKM Nafi Dakwaan Jual Aplikasi MySejahtera Kepada Syarikat Swasta

KKM Nafi Dakwaan Jual Aplikasi MySejahtera Kepada Syarikat Swasta

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tidak menjual aplikasi MySejahtera kepada mana-mana syarikat swasta.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Di media sosial, tular dakwaan bahawa aplikasi MySejahtera bakal dijual kepada sebuah syarikat swasta dan merisaukan ramai pihak kerana maklumat peribadi mereka didakwa boleh digunakan untuk tujuan lain.

Isu tersebut mula hangat diperkatakan selepas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim meluahkan kebimbangannya menerusi kenyataan yang dikeluarkan di laman Facebook miliknya baru-baru ini.

Dalam kenyataannya, Anwar mempersoalkan keputusan yang diambil oleh kerajaan untuk menjual MySejahtera kepada syarikat swasta daripada membenarkan aplikasi itu di bawah kawal selia Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Ramai netizen mula ragu-ragu

Selepas tular tentang isu penjualan MySejahtera itu, orang ramai dilihat mula ragu-ragu dengan privasi data peribadi mereka yang telah dimuat naik di dalam aplikasi tersebut.

Ada yang katanya ingin memadam terus aplikasi MySejahtera dalam telefon mereka.

KKM nafi MySejahtera diberi pada pihak lain

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin Abu Bakar menerusi kenyataan media menafikan dakwaan bahawa aplikasi MySejahtera dijual kepada mana-mana syarikat swasta seperti yang tersebar di media sosial.

Menurutnya, KKM adalah pemilik utama yang menguruskan kesemua data peribadi yang diterima menerusi aplikasi MySejahtera.

Kementerian Kewangan pada 28 Februari 2022 juga telah bersetuju untuk meluluskan permohonan KKM bagi menguruskan maklumat yang diterima melalui aplikasi MySejahtera.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin Abu Bakar.
Sumber: Live At PC

Merujuk kepada isu pemilikan MySejahtera yang dibangkitkan oleh beberapa pihak, beliau menjelaskan bahawa penggunaan dan pengurusan data dalam aplikasi MySejahtera perlu mematuhi Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342), Akta Perubatan 1971 serta piawaian antarabangsa.

Berikutan itu, KKM berharap agar orang ramai terus menggunakan aplikasi tersebut tanpa perlu berasa ragu-ragu dengan keselamatan data peribadi mereka.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd