Now Reading
Pengembara Tak Perlu Buat Swab Test Di Lapangan Terbang Mulai 1 April

Pengembara Tak Perlu Buat Swab Test Di Lapangan Terbang Mulai 1 April

Pengembara hanya perlu menjalani ujian saringan di mana-mana klinik kesihatan dalam tempoh 24 jam ketika tiba di Malaysia bermula 1 April.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin mengumumkan bahawa pengembara tempatan atau warga asing tidak perlu lagi menjalani ujian saringan Covid-19 ketika tiba di lapangan terbang memasuki pintu masuk negara.

Prosedur baharu ini berkuat kuasa berikutan peralihan Malaysia ke fasa endemik bermula 1 April ini.

Walau bagaimanapun, pengembara masih perlu menjalani ujian saringan Covid-19 di mana-mana fasiliti kesihatan dalam tempoh 24 jam selepas memasuki negara.

Ujian RTK-Ag ini mesti dibuat secara profesional kerana hanya makmal bertauliah sahaja boleh memuat naik data berkenaan ke dalam MySejahtera.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

Boleh diusir keluar Malaysia

Kesemua pengembara diminta untuk memuat turun aplikasi MySejahtera dan melaporkan keputusan ujian saringan mereka.

Mereka yang enggan berbuat demikian dalam tempoh yang ditetapkan akan diambil tindakan tegas sehingga boleh diusir keluar dari Malaysia.

Dalam pada masa sama, Khairy memaklumkan kanak-kanak berumur bawah enam tahun tidak perlu menjalani ujian saringan berkenaan ketika pra pelepasan dan ketibaan.

Sumber: Malay Mail

Kuarantin jika positif

Jika keputusan ujian saringan itu positif, pengembara perlu menjalani kuarantin dan tempohnya bergantung kepada status vaksinasi masing-masing.

Mereka yang lengkap divaksin perlu menjalani kuarantin selama tujuh hari manakala yang tidak lengkap atau tiada vaksinasi akan dikuarantin selama 10 hari.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd