Now Reading
Gara-gara RM4, Pelajar Lelaki Berusia 11 Tahun Maut Dihentak Di Kepala

Gara-gara RM4, Pelajar Lelaki Berusia 11 Tahun Maut Dihentak Di Kepala

Ketika kejadian, suspek dipercayai telah mencekik dan menghempas mangsa ke lantai sehingga mangsa tidak sedarkan diri.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Umum sedia maklum, seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun di Kuantan, Pahang meninggal dunia dipercayai akibat dibelasah pelajar senior di sebuah kompleks rumah anak yatim dan miskin.

Dalam kejadian pada 20 Mac itu, mangsa, Muhammad Hafdan Qurbani Azhar dipercayai telah disepak, dicekik dan dihempas ke atas lantai oleh seorang senior yang berusia 16 tahun sehingga tidak sedarkan diri.

Mangsa yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Soi kemudian dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk menerima rawatan.

Mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia sejurus tiba di hospital.

BACA LANJUT: Hanya Kerana RM4, Kanak-Kanak 11 Tahun Maut Dibelasah Senior

Hentakan Di Kepala Punca Kematian.

Menurut laporan Sinar Harian, Ketua Polis Pahang Datuk Ramli Mohamed Yoosuf berkata kematian mangsa adalah berpunca daripada hentakan di kepala.

Ia berdasarkan hasil laporan bedah siasat mangsa manakala kertas siasatan berhubung kes yang melibatkan suspek remaja berumur 16 tahun sedang dilengkapkan.

Ada laporan sebelum ini menyebut mangsa dicekik dan sebagainya namun itu bukan punca kematian. Suspek juga tidak mempunyai rekod lampau dan masih direman hingga 27 Mac ini.

Ketua Polis Pahang Datuk Ramli Mohamed Yoosuf menerusi Sinar Harian.

Ramli turut menjelaskan bahawa siasatan kes ini melibatkan kanak-kanak, jadi tidak banyak benda yang boleh dikongsikan dan siasatan masih berjalan.


Untuk rekod, jenazah mangsa telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Gelugor, Kuantan pada Selasa (22 Mac).


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd