Now Reading
Bapa Biarkan 3 Anak Buat Aksi Bahaya Di Jalan Raya Kini Ditahan Polis

Bapa Biarkan 3 Anak Buat Aksi Bahaya Di Jalan Raya Kini Ditahan Polis

Seorang bapa ditahan selepas membiarkan anak-anak membuat aksi bahaya sehingga mengeluarkan kepala mereka melalui tingkap kereta.

Farahin Fadzil

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Pihak polis telah berjaya menahan seorang bapa selepas dia dipercayai membenarkan tiga orang kanak-kanak melakukan aksi bahaya ketika kereta sedang bergerak berhampiran Jalan Tambun, Perak pada 22 Mac lalu.

Terdahulu, tular sebuah video di mana tiga orang kanak-kanak memakai uniform sekolah rendah dilihat mengeluarkan kepala mereka dari sebuah kereta.

BACA JUGA: [Video] Polis Siasat Kes Kanak-kanak Buat Aksi Bahaya Atas Jalan Raya

Menurut laporan, Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid memaklumkan pihak mereka telah mengenal pasti pemilik kenderaan tersebut sebelum bertindak menahan lelaki berusia 37 tahun di Sunway City pada jam 9.30 malam semalam (24 Mac).

Tiga orang kanak-kanak yang dilihat di dalam video berkenaan turut dipanggil bagi membantu siasatan.

Siasatan awal juga mendapati bahawa lelaki tersebut mempunyai 32 rekod kesalahan trafik dan kini direman selama dua hari bermula hari ini.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

© 2021 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd