Now Reading
Kerajaan Tidak Bercadang Untuk Haramkan Perkahwinan Bawah Umur – Rina Harun

Kerajaan Tidak Bercadang Untuk Haramkan Perkahwinan Bawah Umur – Rina Harun

Walau bagaimanapun, kerajaan tetap komited untuk membendung perkahwinan bawah umur ini.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Walaupun tiada rancangan daripada kerajaan Malaysia untuk mengharamkan perkahwinan kanak-kanak, namun kerajaan tetap komited untuk menghalang penyatuan dengan cara tersebut berlaku.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Harun berkata terdapat beberapa aspek yang perlu ditangani bagi membendung isu yang dihadapi ini.

“Kerajaan tidak mempunyai sebarang rancangan untuk mengharamkan perkahwinan bawah umur buat masa ini. Walau bagaimanapun, kerajaan tetap komited untuk membendung perkahwinan bawah umur dengan melaksanakan Pelan Strategik Nasional Mengendalikan Punca Perkahwinan Kanak-Kanak.

“Ini kerana punca perkahwinan bawah umur bukan sahaja perlu ditangani melalui pindaan undang-undang tetapi juga memerlukan pendidikan, advokasi, pengukuhan institusi keluarga dan sokongan sosioekonomi dalam masyarakat,” katanya dalam satu kenyataan bertulis kepada Nurul Izzah Anwar (PH-Permatang Pauh).

Sebelum ini, Nurul Izzah pernah bertanyakan tentang status rancangan mengharamkan perkahwinan kanak-kanak semasa sidang Parlimen baru-baru ini.

Sumber: Nurul Izzah Anwar

Rina memaklumkan kementeriannya akan berbincang dengan Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) dan Jabatan Kehakiman Syariah berhubung cadangan mengadakan perbincangan dengan pihak berkuasa agama Islam negeri masing-masing bagi menaikkan had umur perkahwinan kepada 18 tahun.

Beliau berkata kuasa untuk menaikkan had umur perkahwinan kanak-kanak adalah di bawah bidang kuasa agama negeri masing-masing.

“Saya menggesa semua pihak yang berkepentingan, sama ada di peringkat kerajaan persekutuan atau negeri supaya lebih prihatin terhadap isu tersebut dan bersama-sama menyokong usaha kerajaan menguruskan perkahwinan bawah umur bagi menjaga masa depan anak-anak kita,” katanya.

Kerajaan Pakatan Harapan telah mencadangkan rancangan untuk menaikkan had umur minimum perkahwinan kepada 18 tahun ketika memegang kuasa pada pilihan raya umum lalu.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd