Now Reading
Wartawan Jumpa Kereta ‘Misteri’ Separuh Tenggelam Dalam Parit

Wartawan Jumpa Kereta ‘Misteri’ Separuh Tenggelam Dalam Parit

Kereta misteri berwarna hitam yang separuh tenggelam itu ditemui oleh seorang wartawan di sebuah perkampungan di Sarawak.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Bila ada sebarang kemalangan atau kecederaan berlaku di kawasan sekitar, orang ramai pastinya akan segera membuat laporan polis.

Tetapi lain pula yang berlaku ketika sebuah kereta ‘misteri’ berwarna hitam ditemui separuh tenggelam di dalam parit antara simpang Kampung Goebilt dan Kampung Muara Tebas, Kuching, Sarawak.

Yang menimbulkan persoalan adalah apabila tiada sebarang laporan polis atau panggilan diterima berhubung kemalangan jalan raya di kawasan berkenaan.

Penduduk kampung di kawasan sekitar pun tidak terdengar bunyi dentuman ketika kemalangan berlaku. Malah mereka pun tidak mengetahui sejak bila kereta itu wujud dalam parit tersebut.

Sumber: Harian Metro

Siasatan akan dijalankan

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak Superintendan Alexson Naga Chabu berkata pihaknya akan segera menjalankan siasatan lanjut tentang kewujudan kereta ‘misteri’ itu.

Kami akan menghantar beberapa anggota bagi mengenal pasti punca kereta berkenaan berada dalam keadaan seperti itu.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak, Superintendan Alexson Naga Chabu.

Kereta berwarna hitam itu ditemui oleh wartawan ketika sedang membuat liputan tentang operasi pencarian mayat seorang kanak-kanak disyaki mangsa bunuh di Muara Tebas pada petang semalam (16 Mac).

Sehingga kini, usaha untuk mencari maklumat tentang kenderaan itu masih gagal apabila penduduk di kawasan sekitar tidak mengetahui tentang kejadian sebenar.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan dinasihatkan untuk segera menghubungi balai polis berdekatan bagi membantu siasatan.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd