Gaji Minimum Akan Diperkenal Dalam Masa Satu Atau Dua Bulan Lagi
Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan berkata tarikh sebenar akan diumumkan selepas beliau mendapat mandat daripada Kabinet.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Gaji minimum RM1,500 baharu itu dijangka dilaksanakan dalam tempoh satu atau dua bulan akan datang, kata Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan.
Beliau berkata, Kabinet telah membincangkan pelaksanaan gaji minimum baharu selama tiga minggu berturut-turut.
“Perdana Menteri dan seluruh Kabinet kekal komited terhadap pelaksanaannya.”
“Ia mungkin dilaksanakan dalam tempoh satu atau dua bulan depan,” kata Saravanan di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau menjawab soalan Ahli Parlimen Port Dickson Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR-PH).
Saravanan bagaimanapun berkata tarikh tertentu hanya akan diumumkan selepas mendapat mandat daripada Kabinet.
Beliau juga mengulangi bahawa sektor tertentu dalam ekonomi akan dikecualikan daripada pelaksanaan sehingga dua tahun.
Sebelum ini, gaji minimum dinaikkan daripada RM1,100 kepada RM1,200 sebulan pada 1 Februari 2020 semasa pengumuman Bajet 2020.
BACA JUGA: Gaji Minimum RM1,500 Bakal Dipercepatkan?
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.
Siti Murni Azman is a Malaysian journalist and editor currently serving as Head Writer and Assistant Editor for The Rakyat Post BM. Known for her relatable and distinctly local storytelling, she frequently covers lifestyle topics including food, café culture, entertainment, consumer trends, and viral social conversations, while also contributing across multiple editorial pillars. Before joining The Rakyat Post, she was involved in social media marketing for AirAsia BIG Rewards, where she worked on digital campaigns and audience engagement. Beyond editorial work, she also manages sponsored content and client collaborations, working closely with brands on digital storytelling tailored for Malaysian audiences.



