Now Reading
Bomba Selamatkan Kaki Kanak-kanak 3 Tahun Tergelincir Dalam Lubang Tandas

Bomba Selamatkan Kaki Kanak-kanak 3 Tahun Tergelincir Dalam Lubang Tandas

Kaki kanak-kanak perempuan itu tersekat dalam lubang mangkuk tandas akibat tergelincir.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Baru-baru ini, kaki seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun dilaporkan tersekat dalam lubang mangkuk tandas di sebuah kediaman berhampiran Jalan Jejaka, Taman Maluri semalam (16 Mac) akibat tergelincir.

BACA JUGA: Kanak-kanak Lelaki Terperangkap Dalam Perigi Di Afghanistan Meninggal Dunia

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur memaklumkan pihak mereka telah menerima panggilan kecemasan dari MERS999 berhubung kejadian tersebut.

Sepasukan 16 anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pudu dan Hang Tuah diketuai Komander Operasi Penolong Penguasa Bomba Rahmat Kamarulzaman telah bergegas ke lokasi kejadian untuk memberi bantuan.

Ambil masa dua jam untuk keluarkan

Sumber gambar: Jabatan Bomba & Penyelamat Kuala Lumpur

Menurut laporan, anggota bomba mengambil masa kira-kira dua jam untuk mengeluarkan kaki kanak-kanak tersebut sehingga terpaksa memecahkan mangkuk dan paip tandas menggunakan ‘power unit’.

Kami perlu teliti ketika memecahkan mangkuk tandas itu untuk mengelakkan sebarang kecederaan pada kakinya. Selepas dua jam, kanak-kanak terbabit berjaya diselamatkan.

Komander Operasi Penolong Penguasa Bomba Rahmat Kamarulzaman.

Selepas berjaya diselamatkan, kanak-kanak itu dikejarkan ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) bagi mendapatkan rawatan selanjutnya.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd