Now Reading
Status MySejahtera Masih Merah, Selamba Masuk Restoran

Status MySejahtera Masih Merah, Selamba Masuk Restoran

Disebabkan melanggar perintah kuarantin, lelaki berkenaan dikompaun RM1,000. Tak pasal-pasal.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Seorang individu di Ipoh telah dikompaun RM1,000 gara-gara melanggar perintah kuarantin selepas disahkan positif Covid-19 dengan mengunjungi sebuah restoran di Jalan Medan Ipoh 2, Bandar Baru Medan.

Lelaki berusia lingkungan 30-an terbabit dikesan melakukan kesalahan itu apabila aplikasi MySejahtera pada telefonnya masih menunjukkan status label warna merah.

Gambar sekadar hiasan.
Kredit: Ahmad Zamzahuri via Malay Mail

Pegawai Kesihatan Persekitaran Cawangan Inspektorat dan Perundangan, Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perak, Azahari Man berkata individu itu dikompaun ketika penguat kuasa kesihatan sedang menjalankan Operasi Penguatkuasaan Larangan Merokok serta Penguatkuasaan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1998 (Akta 342) di sekitar Ipoh.


27 Kompaun Berjumlah RM27,000 Bagi Pelanggaran Akta 342.

Memetik laporan, sebanyak 215 premis diperiksa membabitkan 54 penguat kuasa KKM dan empat anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) terbabit dalam operasi malam tadi.

Sementara itu, sejumlah RM27,000 membabitkan 27 kompaun dikeluarkan bagi pelanggaran Akta 342. Selain keseluruhan RM20,250 nilai kompaun dikeluarkan bagi kesalahan berkaitan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004.

Operasi diadakan bagi memastikan pematuhan larangan merokok terutama di tempat (premis) makan, kompleks membeli-belah, serta lain-lain tempat.

Pegawai Kesihatan Persekitaran Cawangan Inspektorat dan Perundangan, Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perak, Azahari Man.

Azahari turut menjelaskan kebanyakan alasan diberikan pesalah adalah mereka tidak tahu premis makanan sebagai kawasan larangan merokok.

Jelasnya, perkara ini tidak sepatutnya berlaku memandangkan kewujudan peraturan mengenainya sudah diwartakan sejak tahun 2004 lagi.


Larangan Merokok Di Tempat Awam Masih Berkuatkuasa.

Pada tahun 2019, kerajaan telah mengenakan larangan merokok di semua restoran dan kedai makan seluruh negara di bawah Peraturan 11(1)(d) Peraturan-Peraturan Kawalan Tembakau (PPKHT) 2004 (pindaan) 2018.

Mereka yang masih merokok atau menghisap ‘vape’ di lokasi larangan ini akan dikenakan denda RM150 bagi kesalahan pertama, RM250 bagi kesalahan kedua dan RM350 sekiranya masih berterusan melanggar udang-undang.

Peraturan 12 PPKHT 2004 juga menyatakan bahawa pemilik kedai makan perlu memastikan premis mereka kekal sebagai kawasan bebas rokok.

Pemilik kedai juga diminta untuk tidak menyediakan sebarang alat kemudahan kepada perokok seperti bekas puntung rokok ataupun perkhidmatan shisha dan hookah.

Selain itu, mereka perlu memastikan pelekat ‘dilarang merokok’ dipaparkan dengan jelas di kawasan premis makanan.

Terdapat 23 tempat berbeza di Malaysia yang telah ditetapkan sebagai kawasan bebas rokok di bawah PPKHT, termasuklah tandas awam, pengangkutan awam, kemudahan hiburan dan pejabat kerajaan.

BACA SINI: Larangan Merokok Di Tempat Makan Masih Berkuat Kuasa – KJ

Selain itu, menurut Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), perokok dan mereka yang mengambil sebarang bentuk tembakau tanpa asap seperti mengunyah tembakau akan lebih terdedah dengan jangkitan dan mengalami kesan sampingan teruk akibat Covid-19.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd