Now Reading
Pengeluaran Khas KWSP Berjumlah RM10,000 Kini Dibenarkan – PM

Pengeluaran Khas KWSP Berjumlah RM10,000 Kini Dibenarkan – PM

Kerajaan mendengar, mengkaji dan meneliti permintaan daripada semua pihak untuk mengeluarkan caruman KWSP dan membenarkan pengeluaran tersebut.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Kerajaan hari ini bersetuju membenarkan pengeluaran wang caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Perkara itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi satu sidang media khas sebentar tadi.

“Berdasarkan kajian dan penelitian secara menyeluruh dalam fasa pemulihan selepas pandemik ini, ada dalam kalangan Keluarga Malaysia yang masih terkesan dari segi ekonomi, hilang pendapatan dan sedang membina semula kehidupan.

“Kerajaan mendengar, mengkaji dan meneliti permintaan daripada semua pihak untuk mengeluarkan caruman KWSP.

“Justeru itu, pada hari ini kerajaan bersetuju membenarkan pengeluaran khas KWSP sebanyak RM10,000,” umum beliau.

MOF & KWSP Akan Beri Penjelasan Lanjut

Tambah Perdana Menteri, penjelasan lanjut mengenai pengeluaran khas KWSP ini akan dibuat oleh Kementerian Kewangan dan KWSP sendiri tidak lama lagi.

Beliau dalam masa sama turut mengingatkan orang ramai agar membuat pertimbangan terlebih dahulu sebelum melakukan pengeluaran. Ini menurut beliau demi masa depan mereka.

Walaupun kerajaan memberikan kebenaran untuk pengeluaran khas KWSP ini, namun saya merayu kepada para pencarum supaya mengekalkan simpanan mereka kecuali keadaan benar-benar mendesak. Saya berharap para pencarum membuat pertimbangan yang sewajarnya sebelum melakukan pengeluaran, demi masa depan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd