Now Reading
Onn Hafiz Angkat Sumpah Sebagai Menteri Besar Johor Ke-19

Onn Hafiz Angkat Sumpah Sebagai Menteri Besar Johor Ke-19

Onn Hafiz mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Johor di hadapan Sultan Ibrahim Sultan Iskandar di Balai Mengadap Istana Bukit Serene.

Farahin Fadzil

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machap Datuk Onn Hafiz telah secara rasmi mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Johor Ke-19 di Istana Bukit Serene, Johor Bahru hari ini.

Beliau yang berusia 44 tahun itu mengangkat sumpah di hadapan Sultan Ibrahim Sultan Iskandar di Balai Mengadap Istana.

Istiadat tersebut turut dihadiri oleh Putera Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Turut hadir Ketua Perhubungan UMNO Johor dan bekas Menteri Besar Datuk Hasni Mohammad.

Onn sebelum ini merupakan Exco Jawatankuasa Pelancongan, Belia dan Sukan Johor di bawah pimpinan Hasni.

Menerusi posting yang dimuat naik di laman Facebook, Sultan Ibrahim berkata bahawa Onn terlibat secara aktif dengan gerakan belia.

Onn berasal daripada keluarga yang berpengaruh dari segi politik kerana beliau adalah cicit kepada ahli pengasas UMNO dan presiden pertama Datuk Seri Onn Jaafar.

Dalam pada masa sama, beliau juga adalah anak saudara kepada Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Onn adalah keturunan dua bekas Menteri Besar iaitu Onn Jaafar dan Jaafar Muhammad.

Ketika pilihan raya negeri yang berlangsung pada minggu lepas, Hasni mendahului Barisan Nasional (BN) Johor dengan kemenangan serta mengatasi 40 kerusi yang belum pernah berlaku sebelum ini daripada 56 kerusi yang dipertandingkan.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

© 2021 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd