Now Reading
Majlis Sukan Negeri Selangor (MSNS) Didakwa Bayar RM1.95 Juta Kepada Penerima Tidak Sah

Majlis Sukan Negeri Selangor (MSNS) Didakwa Bayar RM1.95 Juta Kepada Penerima Tidak Sah

Pembayaran oleh Majlis Sukan Selangor itu didakwa dibuat pada dua tahun yang berbeza iaitu RM500,000 pada 2020 dan RM1.4 juta pada 2019.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Terbaharu, Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) berhubung Penyata Kewangan Kerajaan Negeri dan Agensi Negeri Serta Pengauditan Pematuhan Jabatan/Agensi Negeri Selangor Tahun 2020 mengenal pasti proses pembayaran yang tidak dikenali dilakukan oleh Majlis Sukan Negeri Selangor (MSNS).

Laporan yang dibentangkan oleh Ketua Audit Negara Datuk Seri Nik Azman Nik Abdul Majid di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hari ini (15 Mac) mendakwa pembayaran itu dibuat kepada penerima tidak sah dengan jumlah RM1.95 juta.

Jumlah pembayaran itu dibuat pada dua tahun yang berbeza iaitu RM500,000 pada 2020 dan RM1.4 juta pada 2019.

Ketua Audit Negara Datuk Seri Nik Azman Nik Abdul Majid. (Sumber: Sinar Harian)

Antara isu lain yang dibangkitkan adalah tentang kutipan cukai tanah lot pertanian di Pejabat Daerah dan Tanah Petaling yang dilaporkan terlebih kutip sebanyak RM36,248 pada tahun 2020.

Berikutan beberapa isu yang timbul, Nik Azman berkata pihaknya akan mengemukakan tujuh syor kepada jabatan atau agensi yang terlibat bagi memperbaiki kelemahan yang dilaporkan.

Orang awam yang ingin mengakses LKAN untuk membuat semakan boleh berbuat demikian di laman sesawang https://www.audit.gov.my/ bermula hari ini.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd