Now Reading
Gaji Minimum RM1,500 Bakal Dipercepatkan?

Gaji Minimum RM1,500 Bakal Dipercepatkan?

Sebelum ini, gaji minimum dinaikkan daripada RM1,100 kepada RM1,200 sebulan pada 1 Februari 2020 semasa pengumuman Bajet 2020.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Kerajaan mencadangkan supaya kadar gaji minima baharu dilaksanakan dalam masa terdekat dan bukan pada penghujung tahun 2022.

Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M Saravanan bagaimanapun menjelaskan bahawa perkara itu akan diumumkan dalam terdekat memandangkan situasi ekonomi negara ketika ini bertambah baik.

Katanya, kebanyakan perniagaan juga dilihat berkembang serta menunjukkan trend pemulihan.

Kerajaan mengambil maklum permintaan beberapa pihak untuk menyegerakan pelaksanaan gaji minimum baharu kepada kadar lebih tinggi berikutan keadaan ekonomi semasa dan kos sara hidup yang semakin meningkat.

Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M Saravanan.

Walau bagaimanapun, beliau turut menegaskan bahawa kadar gaji minimum yang baharu hanya akan dilaksanakan dengan melihat keperluan sebenar rakyat dan kemampuan majikan.

Datuk Seri M Saravanan menjawab soalan M Kulasegaran (PH-Ipoh Barat) mengenai cadangan kerajaan melaksanakan kadar gaji minimum sekitar RM1,500.

BERITA LANJUT MENYUSUL.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd