Now Reading
Tanah Runtuh: 200 Penghuni Di Ampang Diarah Pindah & Kajian Terperinci Akan Dilakukan

Tanah Runtuh: 200 Penghuni Di Ampang Diarah Pindah & Kajian Terperinci Akan Dilakukan

Hasil pemantauan awal mendapati terdapat rekahan tanah yang dikhuatiri menyebabkan pergerakan tanah terus berlaku di kawasan berkenaan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Hari ini (11 Mac) mangsa terakhir telah dikeluarkan dari tapak tanah runtuh dan pihak berkuasa bercadang untuk melakukan kajian di kawasan itu dengan lebih mendalam bagi mengelakkan kejadian sama berulang.

Oleh itu, lebih 200 penghuni di 48 buah rumah di Taman Bukit Permai 2, Ampang telah diarahkan untuk mengosongkan kediaman masing-masing.

BACA SINI: TLDR: Ampang Landslide Claimed 4 Lives, Only 1 Survivor

Sumber: Utusan.

Memetik laporan Utusan, Pegawai Daerah Hulu Langat, Dr. Ani Ahmad menjelaskan tindakan itu susulan pemantauan awal mendapati terdapat rekahan tanah yang dikhuatiri menyebabkan pergerakan tanah terus berlaku.

Kita perlu melakukan kajian terperinci berhubung keadaan di situ  kerana dibimbangi pergerakan tanah masih berlaku disebabkan rekahan terbabit. Justeru, lebih 200 penduduk di 48 rumah berkenaan perlu mengosongkan kediaman mereka bagi mengelak insiden tidak diingini berlaku kerana  keadaan cuaca juga tidak menentu ketika ini.

Pegawai Daerah Hulu Langat, Dr. Ani Ahmad menerusi Utusan.

Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

Walau bagaimanapun, pihak Daerah Hulu Langat telah menyediakan pusat pemindahan sementara (PPS) di Dewan Orang Ramai Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) yang terletak di lokasi berhampiran.

Namun dilaporkan tiada penduduk yang tinggal di PPS berkenaan kerana mereka memilih untuk tinggal di rumah saudara, hotel dan inap desa yang berdekatan.

Meskipun begitu, PPS berkenaan sentiasa dibuka untuk penduduk yang mahu tinggal sementara di situ.

Pegawai Daerah Hulu Langat, Dr. Ani Ahmad menerusi Utusan.

Mengulas lanjut, Dr Ani berkata bahawa satu pusat pengurusan bencana daerah turut diwujudkan bagi merangka strategi yang lebih teratur dalam kejadian itu.

Ia membabitkan kerjasama daripada beberapa agensi termasuk:

  • MPAJ.
  • Jabatan Kerja Raya (JKR).
  • Polis Diraja Malaysia (PDRM).
  • Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta agensi lain.

Kerja-kerja pembersihan tidak boleh dilaksanakan ketika ini kerana perlu melihat aspek kestabilan cerun berkenaan

Pegawai Daerah Hulu Langat, Dr. Ani Ahmad menerusi Utusan.

Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd