Now Reading
Tun Mahathir Sah Tak Akan Bertanding Dalam PRU-15

Tun Mahathir Sah Tak Akan Bertanding Dalam PRU-15

Jika sebelum ini, Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Tun Dr Mahathir Mohamad beberapa kali dilihat memberi bayangan bahawa beliau tidak akan bertanding di PRU-15 akan datang.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Pilihan Raya Umum Malaysia ke-15 (PRU-15) dijadualkan akan diadakan pada atau sebelum 16 September 2023 bagi memilih anggota Dewan Rakyat di Parlimen Malaysia ke-15.

Kesemua 222 kerusi akan dipilih untuk pilihan raya.

Umum sedia maklum bahawa PRU-14 telah diadakan pada tahun 2018 yang menyaksikan perubahan kerajaan buat pertama kalinya dalam sejarah Malaysia sejak PRU pertama kali diadakan pada tahun 1955.

Ini kerana, Pakatan Harapan yang terdahulunya merupakan pakatan kiri tengah antara empat parti telah memenangi 113 kerusi di Dewan Rakyat (majoriti dua kerusi) berbanding parti Barisan Nasional – satu gabungan haluan kanan yang dilaporkan hanya memenangi 79 kerusi.

PAS pula memenangi 18 kerusi Parlimen, diikuti Parti Warisan Sabah (8); Parti Solidariti Tanah Airku (1) dan Bebas (3).


Tun Mahathir Sah Tak Bertanding Dalam PRU-15.

Jika sebelum ini, Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Tun Dr Mahathir Mohamad beberapa kali dilihat memberi bayangan bahawa beliau tidak akan bertanding di PRU-15 akan datang.

Beliau bagaimanapun telah mengesahkan bahawa tidak akan bertanding di mana-mana kerusi Parlimen termasuk Langkawi dalam Pilihanraya Umum ke-15 (PRU-15).

Namun, beliau yang juga Ahli Parlimen Langkawi memaklumkan akan turut terlibat dalam kempen-kempen yang digerakkan parti Pejuang sebelum PRU15 sekiranya diperlukan.

Kita (di dalam parti Pejuang) hendak cari orang yang lebih muda daripada saya (untuk ganti saya bertanding di Langkawi), saya boleh ada bersama (dengan calon itu), saya (juga) boleh beri nasihat (kepadanya), saya boleh ambil bahagian dalam kempen iaitu kalau ada satu tempat yang saya perlu hadir, saya akan hadir, dan mungkin (akan) bercakap sikit (dalam membantu jentera parti.

Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Tun Dr Mahathir Mohamad.

Memetik laporan, keputusan ini adalah termasuk di Parlimen Langkawi yang dijangka akan diserahkan kepada calon baharu meskipun kepimpinan tertinggi dan akar umbi masih mahukan beliau bertanding.


(Kredit: Malay Mail)

Sekadar rekod, pada 22 Januari lalu, Tun Dr Mahathir telah dirawat di Unit Rawatan Koronari (CCU), Institut Jantung Negara (IJN).

Pada 16 Disember 2021 – beliau dimasukkan ke IJN untuk pemeriksaan perubatan menyeluruh dan pemantauan lanjut sebelum dibenarkan keluar pada 23 Disember 2021.

Seterusnya, pada 7 Januari 2022 beliau dimasukkan semula ke IJN bagi menjalani prosedur perubatan elektif dan dibenarkan keluar enam hari kemudian.

Beliau bagaimanapun dilaporkan masih perlu menjalai beberapa sesi perubatan lanjut pada ketika ini.

BACA LANJUT: [Video] Tun M Tampil Beri Update Tentang Keadaan Terkini


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd