Now Reading
Perdana Menteri Beri Inisiatif Sempena Sambutan Hari Wanita 2022

Perdana Menteri Beri Inisiatif Sempena Sambutan Hari Wanita 2022

Inisiatif ini dilancarkan ketika Majlis Sambutan Hari Wanita 2022 pada 8 Mac.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Tarikh 8 Mac adalah Hari Wanita Sedunia yang disambut setiap tahun oleh masyarakat seluruh dunia bagi meraikan golongan ini.

Terbaharu, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengumumkan bantuan Inisiatif Pemerkasaan Wanita Malaysia sehari selepas Sambutan Hari Wanita 2022 semalam (8 Mac).

Inisiatif tersebut bertujuan untuk membantu golongan wanita di Malaysia terutamanya bagi mereka hidup sebagai isteri kematian suami atau ibu tunggal.

Antara inisiatif yang diperkenalkan adalah seperti berikut:

  • Penubuhan Majlis Wanita Negara (BDPS).
  • Mewujudkan Rang Undang-undang Anti Gangguan Seksual (BDPS).
  • Memudahkan proses penceraian dalam Islam melalui Institusi Hakam di bawah Mahkamah Syariah.
  • Akta Pembiayaan Kewangan diperkenalkan bagi memudahkan pihak bank membekukan akaun suami dan dibayar kepada isteri sekiranya terdapat tuntutan wang ringgit di mahkamah.
  • Wanita yang kematian suami boleh bekerja dari rumah dalam tempoh yang bersesuaian.
  • Sambutan Hari Wanita wajib dilaksanakan pada 8 Mac setiap tahun.

Diharapkan inisiatif ini dapat membantu golongan wanita di luar sana untuk hidup dengan lebih selesa dan sejahtera. #WomenPower.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

© 2021 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd