Now Reading
Kelab Malam Waktu Endemik? Cannot!

Kelab Malam Waktu Endemik? Cannot!

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata ini kerana premis tersebut (kelab malam) berisiko tinggi dalam menyebarkan virus Covid-19.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Seperti umum sedia maklum, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan pada sidang media semalam (8 Mac) bahawa Malaysia bakal memasuki fasa peralihan ke endemik bermula 1 April nanti.

BACA SINI: Malaysia Bakal Memasuki Fasa Endemik Mulai 1 April Ini

Ketika berada dalam fasa ini, waktu operasi untuk kesemua perniagaan akan berjalan tanpa had tetapi pemakaian pelitup muka masih diwajibkan. Penjarakan sosial juga tidak diwajibkan lagi di dalam masjid dan tempat ibadah yang lain.

Kelab Malam Masih Tak Dibenarkan.

Sumber: The City List

Walau bagaimanapun, kelab malam merupakan satu-satunya premis yang masih tidak dibenarkan beroperasi meskipun negara memasuki fasa peralihan ke endemik.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata ini kerana premis tersebut berisiko tinggi dalam menyebarkan virus.

Bulan April nanti hanya ada satu premis sahaja yang masih tidak boleh dibuka. Ia merupakan premis yang berisiko tinggi walaupun dalam peralihan endemik.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd