Now Reading
Hanya 31 Hotel Di Selangor Miliki Sijil Halal Dibenarkan Anjur ‘Bufet Ramadan’

Hanya 31 Hotel Di Selangor Miliki Sijil Halal Dibenarkan Anjur ‘Bufet Ramadan’

Hotel yang mempunyai sijil halal sahaja boleh menggunakan istilah ‘bufet Ramadan’ untuk bulan puasa nanti.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Kebanyakan hotel di negeri Selangor masih belum mendapatkan Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM).

Exco Hal Ehwal Agama Islam, Kepenggunaan dan Industri Halal Negeri Mohd Zawawi Ahmad Mughni memberitahu hanya 31 hotel sahaja di negeri ini yang telah memiliki pensijilan halal.

Memetik dari Sinar Harian, beliau berkata pengusaha hotel yang masih belum mendapatkan sijil halal diingatkan supaya tidak menggunakan istilah ‘bufet Ramadan’.

Iklan bufet Ramadan. (Sumber: Malaysian Foodie)

Beliau berkata istilah bufet Ramadan bermaksud halal dan tidak boleh digunakan sesuka hati kerana ianya adalah satu bentuk perihal dagangan.

Mohd Zawani memaklumkan tindakan tersebut adalah bertentangan dengan Akta Perihal Dagangan 2011.

Penggunaan istilah bufet Ramadan dalam kalangan bukan pemegang SPHM adalah melanggar undang-undang yang boleh membawa kepada tindakan penguatkuasaan.

Exco kerajaan negeri Mohd Zawawi Ahmad Mughni memberi amaran kepada pihak hotel supaya tidak menggunakan istilah ‘buffet Ramadan’ sewenang-wenangnya.

Mohd Zawawi menggesa semua hotel, peniaga dan pengusaha industri makanan yang masih belum memohon SPHM supaya segera berbuat demikian.

Jika tidak, mereka tidak akan dibenarkan mengadakan bufet Ramadan pada bulan puasa.

Pengguna biasanya akan peka tentang makanan halal palsu apabila terlihat logo halal yang agak berbeza. (Sumber: Facebook)

Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd