Banjir KL: Polis Sempat Selamatkan Diri Sebelum Kereta Tenggelam
Anggota polis itu berusaha untuk keluar dari tempat bencana, namun tidak berjaya kerana terdapat halangan kenderaan lain yang turut terperangkap.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Umum sedia maklum, semalam (7 Mac) telah berlakunya satu lagi banjir besar yang mengakibatkan beberapa jalan raya di Kuala Lumpur ditenggelami air.
Media sosial semalam turut ‘dibanjiri’ orang ramai yang berkongsi laporan tentang banjir kilat yang melanda beberapa bahagian di ibu kota. Gambar dan video yang dimuat naik menunjukkan banyak kereta yang ditenggelami air pada paras pinggang selepas terkandas di sepanjang Jalan Kuchai Lama.
Teruk juga keadaan banjir semalam.
BACA LANJUT: Beberapa Jalan di KL Banjir Akibat Hujan Lebat. Terowong SMART Juga Ditutup
kl banjir gais take caree!!! stay safe pic.twitter.com/JY3fVFRnZk
— bobe (@jijiabaobei) March 7, 2022
Dua Anggota Polis Selamatkan Diri
Keadaan banjir tersebut turut menyebabkan kereta jenis pelbagai guna (MPV) milik PDRM telah ditenggelami air dan dua anggota yang terbabit dilaporkan berjaya menyelamatkan diri.
Kejadian telah berlaku berdekatan Pondok Polis Kuchai Lama.
Memetik laporan, Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor menjelaskan siasatan mendapati anggota Cawangan MPV Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields itu berhenti untuk solat Zohor di pondok terbabit, pada jam 3.30 petang.
Kemudian hujan lebat serta ribut petir secara tiba-tiba. Anggota MPV itu berusaha untuk keluar dari tempat bencana, namun tidak berjaya kerana terdapat halangan kenderaan lain yang turut terperangkap. Paras air naik mendadak menenggelamkan tayar kereta. Anggota MPV berjaya keluar untuk menyelamatkan diri dan tidak mengalami sebarang kecederaan.
Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor.
Kejadian tersebut telah dimaklumkan kepada pusat Kawalan IPD Brickfields untuk tindakan selanjutnya.
Mengulas lanjut, pihak polis menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati ketika memandu kenderaan masing-masing terutama pada musim hujan.
Sila patuhi undang-undang jalan raya serta mengikut arahan polis sekiranya terdapat lencongan atau penutupan jalan dibuat.
Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor.
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

I enjoy writing and eating at the same time. I sit at my work desk for hours every day. Oh! I like cafe hopping, though I don't drink coffee. I'm, uh.. indecisive. I see eight sides of everything. Currently leading Bahasa desk for The Rakyat Post as the Head Writer.