Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Sebelum ini, kerajaan mengumumkan Laluan VTL Malaysia-Singapura melalui darat dan udara telah dibuka sepenuhnya berkuatkuasa serta-merta dengan kapasiti 100%.
Terbaharu, program Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) udara antara Singapura dan Pulau Pinang pula akan dijangka bermula pada pertengahan Mac ini selepas mendapat ‘lampu hijau’ daripada kedua-dua belah pihak.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Ekonomi Kreatif Negeri Yeoh Soon Hin, segala persiapan bagi melaksanakan program ini telah dijalankan termasuklah persediaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP).
Sumber: @sharulnizan.awal
Pada Disember 2021 yang lalu, Malaysia Aviation Group (MAG) telah memberi cadangan supaya program VTL Singapura-Pulau Pinang dilaksanakan dalam tempoh terdekat bagi memulihkan semula ekonomi kedua-dua buah pihak.
Laluan VTL ini juga dikatakan bakal diperluaskan ke Kota Kinabalu tidak lama lagi dan masih dalam perbincangan.
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.