Now Reading
TUDM Nasihat Orang Awam Tidak Panik Lihat Pesawat Terbang Rendah

TUDM Nasihat Orang Awam Tidak Panik Lihat Pesawat Terbang Rendah

TUDM akan melaksanakan latihan di beberapa kawasan sekitar Selangor, Kelantan, Kuantan dan Pulau Pinang.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Pagi ini (3 Mac), beberapa orang awam memberitahu bahawa mereka melihat beberapa pesawat milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) terbang pada paras rendah.

Jadi, mungkin ada yang tertanya-tanya. Ada sesuatu yang bakal berlaku di Malaysia ke?Jangan risau.

Bahagian Perhubungan Awam TUDM mengeluarkan satu kenyataan media bahawa pihak mereka sedang melaksanakan latihan operasi dan kesiagaan bagi pelbagai jenis aset udara bermula hari ini (3 Mac) sehingga 7 Mac.

Latihan operasi dan kesiagaan tersebut bertujuan untuk menguji kecekapan anak kapal TUDM, para anggota Pasukan Khas TUDM (PASKAU) dan pasukan sokongan logistik dalam menjalankan tanggungjawab bagi melindungi kedaulatan negara.

Ketika latihan dilakukan, pesawat TUDM akan membuat penerbangan praktikal pada paras rendah di kawasan-kawasan tertentu seperti:

  • Sekitar Selangor.
  • Pangkalan Udara Gong Kedak, Kelantan.
  • Pangkalan Udara Butterworth, Pulau Pinang
  • Pangkalan Udara Kuantan.

Pihak TUDM menasihatkan orang awam supaya tidak cemas dan panik apabila melihat beberapa pesawat terbang rendah di langit sepanjang tempoh latihan dijalankan.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd