Now Reading
Ban Air Di Taman Sri Muda Pecah Akibat Hujan Berterusan

Ban Air Di Taman Sri Muda Pecah Akibat Hujan Berterusan

Kejadian itu telah menyebabkan air melimpah di kawasan perumahan berhampiran ban air tersebut.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Ban berdekatan pintu kunci air di Taman Sri Muda dilaporkan telah pecah semalam (2 Mac) selepas hujan lebat secara berterusan.

Menurut laporan, kejadian itu berlaku kira-kira pada jam 8 pm sehingga menyebabkan limpahan air ke kawasan perumahan berhampiran.

Sumber: Berita Harian

Tujuh anggota termasuk pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Shah Alam telah dikerahkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 8.15 pm.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis memaklumkan pihak mereka akan bersiap sedia dengan sebarang kemungkinan. Namun, buat masa ini keadaan masih lagi terkawal.

Sumber: Sinar Harian

Pihak bomba sudah bersiap sedia dengan kelengkapan bot aluminium, bot fiber dan kenderaan untuk tindakan selanjutnya.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis.

Kerja-kerja pembaikan di ban tersebut kini sedang dilakukan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd