Now Reading
Tentera Darat Malaysia (TDM) Umum Ketibaan 6 Unit Pesawat MD350G

Tentera Darat Malaysia (TDM) Umum Ketibaan 6 Unit Pesawat MD350G

Peranan utama helikopter ini adalah sebagai Pesawat Tempur Ringan dilengkapi dengan kuasa tembakan (firepower) jenis Gatling Gun 7.62mm, Heavy Machine Gun 12.7mm dan Rocket Launcher 70mm.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Helikopter MD530G dibekalkan oleh Syarikat Halaman Optima Sdn Bhd  melalui Syarikat Destini Prima Sdn Bhd. Pesawat ini adalah merupakan buatan Amerika Syarikat dan dibina oleh MD Helicopter Inc (MDHI).

Helikopter ini telah selamat tiba di Pelabuhan Klang pada 21 Februari, 3.00  pagi setelah melalui pelayaran panjang selama 31 hari. Pergerakan bermula dari Pelabuhan Oakland, Amerika Syarikat pada 20 Januari.

Sumber: Tentera Darat Malaysia (TDM)
Sumber: Tentera Darat Malaysia (TDM)

Selain dari membekal 6 buah helikopter, kontrak perolehan ini juga merangkumi program latihan untuk Juruterbang dan Juruteknik Pasukan Udara Tentera Darat (PUTD).

Seramai 8 Juruterbang dan 9 Juruteknik telah menghadiri program latihan  tersebut di Mesa, Arizona, Amerika Syarikat selama 43 hari bermula pada 26 April hingga 11 Jun 2021.

Sumber: Tentera Darat Malaysia (TDM)

Demi menentukan kualiti pesawat ini menepati spesifikasi TD, satu tim  pemeriksaan Pre-Delivery Inspection (PDI) telah ditubuhkan pada Julai 2021 dan telah diaturgerak ke Premis MDHI di Mesa, Arizona, Amerika Syarikat untuk melaksanakan pemeriksaan yang bermula pada 6 hingga 17 Disember 2021.

Pemeriksaan ini merangkumi:

  • Pemeriksaan fizikal pesawat.
  • Pemeriksaan kefungsian/keupayaan pesawat.
  • Pemeriksaan fizikal alat ganti.
  • Pemeriksaan Flight Training Device (FTD) (simulator).
  • Pemeriksaan fizikal persenjataan.

Pada ketika ini pesawat tersebut sedang melalui pemeriksaan oleh Directorate General Technical Airworthiness (DGTA) yang dijangka berjalan selama lebih kurang 6 hari sehingga 2 Mac 2022.

Seterusnya, 6 buah helikopter ini akan melalui proses penerimaan akhir oleh TD. Satu tim pemeriksa yang dikenali sebagai Tim Final Acceptance Test (FAT) telah ditubuhkan dan akan dipertanggungjawabkan untuk memeriksa pesawat ini secara terperinci.

Proses FAT ini dijadualkan bermula pada 3 hingga 27 Mac 2022.

Sumber: Tentera Darat Malaysia (TDM)

Finale.

Setelah Tim FAT mengesahkan 6 buah helikopter ini lulus pemeriksaan akhir,  Sijil Pemeriksaan Akhir akan dikeluarkan dan ditandatangani oleh wakil syarikat bersama Tim FAT dan ini menandakan 6 buah helikopter ini menjadi hak milik Tentera Darat Malaysia secara rasminya.

Sumber: Tentera Darat Malaysia (TDM)

Peranan utama helikopter ini adalah sebagai Pesawat Tempur Ringan dan ianya dilengkapi dengan kuasa tembakan (firepower) jenis Gatling Gun 7.62mm, Heavy Machine Gun 12.7mm dan Rocket Launcher 70mm.

Keupayaan kuasa tembakan (firepower) yang dimiliki oleh pesawat ini mampu menggempur kenderaan perisai ringan dan trup Infantri dalam jarak 500 meter ke 7 kilometer.

Ketangkasan (agility) helikopter ini juga membolehkan ianya melaksanakan tugas tinjauan udara. Helikopter ini akan diaturgerakkan untuk membantu ketumbukan Tempur TD yang lain di Semenanjung Malaysia dan juga Sabah dan Sarawak.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd