Now Reading
Undi18: Cara Semak Status Pendaftaran Pengundi Secara Automatik (PPSA)

Undi18: Cara Semak Status Pendaftaran Pengundi Secara Automatik (PPSA)

Pendaftaran pengundi secara automatik memberi peluang kepada generasi muda untuk melakukan perubahan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Apakah yang dimaksudkan dengan Pendaftaran Pemilih Secara Automatik (PPSA)?

Kesemua warganegara Malaysia yang mencapai umur 18 tahun ke atas layak didaftarkan sebagai pemilih/pengundi oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Pelaksanaan PPSA ini telah dikuatkuasakan pada 15 Disember 2021.

Rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas mulai 31 Disember akan secara automatik dimasukkan ke dalam daftar pemilih jika mereka belum berdaftar.

Berikut ialah maklumat lanjut tentang Undi18 dan bagaimana anda boleh menyemak kelayakan anda untuk membuang undi dalam pilihan raya negara.


Syarat Pendaftaran di PPSA

  • Malaysia
  • Berumur 18 tahun ke atas
  • Menetap di alamat pada kad pengenalan; dan
  • Tidak hilang kelayakan sebagai pengundi mengikut undang-undang

Bagaimanakah Seseorang Boleh Didaftarkan Dengan SPR Selepas Mencapai 18 Tahun?

Warganegara Malaysia yang layak dan mempunyai maklumat lengkap berdasarkan rekod di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan didaftarkan sebagai pemilih tanpa perlu memohon kepada SPR.

Proses pendaftaran pemilih automatik ini akan mengambil masa sehingga sebulan setengah dari hari individu itu mencapai umur 18 tahun.

Alasannya adalah kerana proses itu memerlukan pengesahan oleh Jabatan Peguam Negara antara Prosedur Operasi Standard (SOP) yang lain.

Mulai tahun ini, daftar itu dikemas kini setiap bulan.


Cara Semak Pendaftaran Pengundi Automatik Dalam Talian

Pengundi baharu boleh menyemak maklumat pengundian dengan cara berikut:

Jika nama anda tiada dalam senarai PPSA, anda boleh membuat tuntutan kepada SPR dengan mengisi Borang C.

Pilih negeri tempat anda berdaftar dan serahkan borang tersebut kepada PPN di negeri masing-masing semasa tempoh semakan Daftar Pemilih Tambahan untuk Disember 2021 (DPT BLN12/2021).

Anda boleh menghantar borang pada hari bekerja dari 8.00 pagi hingga 5.00 petang atau dalam talian di portal SPR.

Jika nama anda tersenarai tetapi terdapat kesalahan, anda boleh mengemukakan tuntutan kepada SPR dengan mengisi Borang C dan menyerahkan kembali borang tersebut.


Cara Menukar Alamat Pilihan Raya

Pengundi boleh mengemaskini alamat mereka dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Untuk mengemaskini/menukar alamat bagi pertukaran kawasan pilihan raya, pengundi boleh membuat permohonan di mana-mana PPN, Pejabat Pos atau melalui MySPR Daftar.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd