SOP Dilonggarkan Untuk Rakyat Malaysia Jika Jumlah Kes Terus Menurun – KJ
Walaupun masih mencecah puluhan ribu, namun kes Covid baharu semakin berkurangan kerana nilai Rt juga menurun.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
“Jika trend menunjukkan perkembangan baik, pembukaan sempadan secara sepenuhnya dan langkah domestik yang lebih longgar akan menyusul,” kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata menerusi tweet yang dimuat naik hari ini dengan menunjukkan carta serta jumlah kes baharu Covid-19 semalam (27 Februari 2022) dan penurunan kadar Infektiviti (Rt) di Malaysia.
Berdasarkan carta, nilai Rt telah menurun secara berterusan daripada 1.43 kepada 1.05 dalam tempoh dua minggu lalu sejak 13 Februari hingga 27 Februari. Nilai Rt bermaksud jumlah pembiakan virus pada masa tertentu (kini 1.05) manakala R-naught (R0) bermaksud nombor pembiakan awal virus ketika permulaan wabak iaitu sekitar 1.4 dan 2.4. Nilai Rt melebihi 1.0 bermakna virus merebak dengan pantas. Oleh itu, bilangan Rt yang lebih rendah adalah perkara yang ingin dicapai.
Our daily Rt has steadily come down to 1.05. Too early to say we have gone past Omicron peak. 96% of active cases recovering at home & hospital capacity under control. If trend continues, full border opening & more relaxed domestic measures will follow. #ReopeningSafely pic.twitter.com/4yNcZXK2VI
— Khairy Jamaluddin 🇲🇾🌺 (@Khairykj) February 28, 2022
Berdasarkan jumlah itu, Khairy membuat kesimpulan bahawa masih terlalu awal untuk mengatakan kita telah melepasi puncak Omicron kerana trend mungkin meningkat semula jika kita tidak cukup berwaspada.
Beliau mengatakan bahawa sekitar 96% kes aktif telah pulih di rumah dan kapasiti hospital juga masih terkawal.

Jika trend yang baik ini berterusan, SOP di Malaysia akan lebih longgar dan negara kita akan membuka semula pintu masuknya kepada seluruh dunia dengan selamat dengan selangkah demi selangkah.
Memandangkan wabak COVID-19 masih berterusan, semua orang perlu sentiasa berwaspada dan melindungi diri mereka serta orang tersayang. Pakai pelitup muka yang betul di tempat awam dan mengamalkan kebersihan diri. Kita tidak boleh mengambil mudah kerana perjuangan masih belum berakhir.
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.