Now Reading
Gara-gara ‘Fist Bump’, Calon MUDA Didenda RM1,000

Gara-gara ‘Fist Bump’, Calon MUDA Didenda RM1,000

Azrol Rohani dikompaun ketika hari penamaan calon bagi Pilihan Raya Negeri Johor.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Kerana ‘fist bump’, melayang RM1,000.

Baru-baru ini, seorang calon kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Permai, Johor daripada Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) iaitu Azrol Rohani telah dikompaun RM1,000 kerana perbuatan ‘fist bump’ dengan penyokong.

Denda tersebut dikenakan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Kulai di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 kerana dikatakan telah melanggar prosedur operasi standard (SOP) pada hari penamaan calon Sabtu lalu (26 Februari).

Sumber: Twitter Parti MUDA

MUDA telah mengeluarkan satu kenyataan berhubung isu tersebut dan memaklumkan individu berkenaan gagal melakukan penjarakan sosial kerana membuat sentuhan fizikal menggunakan tangan.

Walau bagaimanapun, MUDA menganggap kompaun yang dikenakan kepada calon mereka itu seperti tidak munasabah.

MUDA menggesa pihak kerajaan untuk lebih fokus kepada parti politik lain yang jelas melanggar SOP ketika menjalankan majlis dalam skala yang lebih besar.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd