Now Reading
“Saya Cuma Gadis Powerpoint & Buat Kopi” – Yana Najib

“Saya Cuma Gadis Powerpoint & Buat Kopi” – Yana Najib

Datuk Seri Najib Razak menafikan dakwaan mohon peluang pekerjaan di Goldman Sachs daripada Tim Leissner kepada tiga orang anaknya.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Baru-baru ini, kecoh semula tentang pembongkaran kes skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) melibatkan seorang bekas pengurus bank Goldman Sachs, Tim Leissner yang kini sedang dibicarakan di sebuah mahkamah persekutuan di Brooklyn, Amerika Syarikat.

Leissner telah diugut oleh bekas kekasihnya yang pernah menjadi CEO Astro Malaysia Holdings Bhd iaitu Datuk Rohana Rozhan untuk membelikan sebuah rumah berharga AS$10 juta (RM41.9 juta) di London atau pembabitannya dalam skandal 1MDB akan didedahkan.

Leissner mengakui bahawa sifat tamak dan bercita-cita besar punca dia terbabit dalam skandal melalui syarikat pelaburan strategik, 1MDB.

BACA JUGA: Diugut Rahsia 1MDB Didedahkan, Bekas Banker Goldman Dakwa Terpaksa Beli Rumah AS$10 Juta Untuk Bekas Kekasih


Najib nafi minta kerja untuk anak

Ketika di mahkamah pada 22 Februari lalu, Leissner memaklumkan dia diberitahu oleh Jho Low bahawa Datuk Seri Najib Razak mahukan tiga orang anaknya diberikan peluang pekerjaan di Goldman Sachs.

Namun, Najib pula menafikan perkara tersebut selepas tiada seorang pun anaknya yang ditawarkan bekerja di Goldman Sachs.

Najib menjelaskan anak perempuannya, Nooryana hanya bekerja selama 18 bulan dengan jawatan junior di TPG Capital di Hong Kong.

Sumber: Malay Mail

Nooryana hanya diambil sebagai pelatih

Berikutan tular pula isu tentang pekerjaannya, Yana Najib mengeluarkan kenyataan melalui laman Facebook miliknya semalam (23 Februari).

Yana mengakui bahawa dia pernah bertanya sama ada Goldman Sachs menawarkan peluang pekerjaan berkaitan kewangan dan dasar kerajaan ketika bertemu dengan Leissner dan bekas eksekutif Goldman Sachs, Roger Ng.

Namun disebabkan tawaran pekerjaan itu akan menimbulkan konflik kepentingan dengan kerajaan Malaysia, maka Leissner hanya membantunya mendapatkan tawaran sebagai pelatih di firma ekuiti swasta global, TPG di London.

Sumber: Facebook Yana Najib

Ketika dalam tempoh latihan, saya hanyalah gadis Powerpoint, gadis fotokopi, pembuat kopi, gadis penghantar dan lain-lain.

Yana Najib.

Selepas 11 bulan berkhidmat sebagai pelatih, Yana dinaikkan pangkat sebagai penganalisis sepenuh masa serta dipindahkan ke TPG Hong Kong dan bekerja selama 18 bulan.

Yana juga memaklumkan dia telah meninggalkan TPG pada Jun 2015 untuk  memberi fokus pada perniagaan dan permohonan menyambung pengajian.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd