Now Reading
Padah Abai Peraturan, 44 Perokok Dikompaun RM15,000

Padah Abai Peraturan, 44 Perokok Dikompaun RM15,000

Operasi tersebut dilaporkan tertumpu di kawasan premis perniagaan sekitar Jalan Bukit Bintang, Jalan Alor dan Bangsar, malam tadi (21 Februari).

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Umum sedia maklum bahawa asap rokok akan menghasilkan pencemaran udara dalaman yang tinggi dengan 300 jenis gas toksik.

Meskipun anda tidak melihat asap atau tidak lagi menghidu baunya, ini tidak bermakna anda bebas dari risiko bahaya apabila berada di kawasan merokok.

Malah, asap rokok yang disedut oleh bukan perokok sebenarnya memberi ancaman yang lebih tinggi berbanding perokok sendiri.


Abai larangan merokok

Sejak kebelakangan ini, segelintir rakyat Malaysia dilihat tidak mengendahkan peraturan larangan merokok yang telah ditetapkan di kedai makan dan restoran sejak tiga tahun lalu.

Bahkan, ada juga dilihat sengaja mengabaikan peraturan tersebut walaupun terpampang jelas notis oleh pemilik premis dan juga pada meja makan, masih juga tidak diikuti.

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

Tindakan golongan ini akhirnya membawa padah apabila seramai 44 perokok dikenakan kompaun oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam Operasi Penguatkuasaan Larangan Merokok dan Pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) Covid-19, malam tadi (21 Februari).

Menurut laporan Harian Metro, Pengarah Bahagian Kawalan Penyakit KKM Datuk Dr Norhayati Rusli berkata, operasi itu tertumpu di kawasan premis perniagaan sekitar Jalan Bukit Bintang, Jalan Alor dan Bangsar.

Seramai 60 anggota Unit Inspektorat dan Perundangan Negeri, Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur/Putrajaya, KKM serta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) terbabit dalam operasi berkenaan.

Sebanyak 262 premis makanan diperiksa dan daripada jumlah itu, lapan premis didapati tidak meletakkan tanda larangan merokok serta menyediakan kemudahan merokok atau shisha manakala 44 pelanggan didapati merokok di tempat larangan. Berikutan itu, kesemua mereka dikenakan tindakan kompaun RM250 setiap seorang dengan nilai keseluruhan kompaun berjumlah RM15,000.

Pengarah Bahagian Kawalan Penyakit, KKM Datuk Dr Norhayati Rusli.
Sumber: FMT

Tindakan diambil mengikut Peraturan 11 Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004 kerana merokok di tempat larangan dan Peraturan 12 PPKHT 2004 atas kesalahan tidak mempamerkan tanda larangan.


Akta baharu bakal digubal.

KKM serius menangani masalah merokok dan akta baharu yang sedang digubal akan dibentangkan tidak lama lagi iaitu melarang generasi yang lahir pada 1 Januari 2005 dan seterusnya daripada memiliki serta membeli sebarang produk merokok.


Orang awam ingin membuat aduan berkaitan merokok di tempat awam, anda boleh berbuat sedemikian dengan mengikuti langkah-langkah di bawah:

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd