Now Reading
KJ Umum Bantuan Skim Peduli Kesihatan (PeKa) Untuk Golongan B40

KJ Umum Bantuan Skim Peduli Kesihatan (PeKa) Untuk Golongan B40

Skim Peduli Kesihatan (PeKa) menyasarkan golongan berusia 40 tahun ke atas dan juga penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR).

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Baru-baru ini, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin Abu Bakar telah membuat pengumuman di laman Facebook miliknya tentang bantuan yang ditawarkan oleh kerajaan.

Skim Peduli Kesihatan (PeKa) yang diwujudkan khas bagi menampung keperluan kesihatan mereka yang berpendapatan rendah (B40) dengan memberi fokus kepada penyakit tidak berjangkit.

Bantuan ini menyasarkan golongan penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) serta individu berusia 40 tahun untuk menerima beberapa manfaat daripada skim ini.

Antara manfaat PeKa B40 adalah seperti berikut:

  • Saringan kesihatan percuma.
  • Bantuan alat perubatan sehingga RM20,000.
  • Insentif melengkapkan rawatan kanser sehingga RM1,000.
  • Insentif tambang pengangkutan sehingga RM1,000.
Sumber: Facebook ProtectHealth Corporation

Khairy juga menyeru orang ramai untuk menyebarkan tentang PeKa B40 kepada golongan sasaran agar lebih ramai yang dapat menerima manfaat tersebut.

Tiada pendaftaran khusus diperlukan. Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web www.pekab40.com.my bagi menyemak kelayakan dan senari klinik yang terlibat.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd