Hishammuddin Sah Positif Covid-19
Kali terakhir Datuk Seri Hishammuddin menjalani ujian pengesanan jenis RT-PCR dan mendapat keputusan negatif adalah pada Jumaat (18 Februari).
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Hari ini (22 Februari), Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein disahkan positif Covid-19. Beliau kini diperintahkan untuk menjalani isolasi wajib, sama seperti pesakit Covid-19 yang lain mengikut ketetapan semasa oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Pejabat Menteri Kanan Pertahanan menerusi satu kenyataan menjelaskan bahawa Hishammuddin telah menjalani ujian pengesanan Covid-19 jenis RT-PCR secara berkala selain turut kerap melakukan ujian pengesanan secara kendiri (self-test) menerusi kaedah RTK-Antigen.
Kali terakhir beliau menjalani ujian pengesanan jenis RT-PCR dan mendapat keputusan negatif adalah pada Jumaat (18 Februari).
Hishammuddin juga akan terus memantau dan menjalankan tugas-tugasnya yang sesuai dilaksanakan sepanjang tempoh isolasi.

Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.
Siti Murni Azman is a Malaysian journalist and editor currently serving as Head Writer and Assistant Editor for The Rakyat Post BM. Known for her relatable and distinctly local storytelling, she frequently covers lifestyle topics including food, café culture, entertainment, consumer trends, and viral social conversations, while also contributing across multiple editorial pillars. Before joining The Rakyat Post, she was involved in social media marketing for AirAsia BIG Rewards, where she worked on digital campaigns and audience engagement. Beyond editorial work, she also manages sponsored content and client collaborations, working closely with brands on digital storytelling tailored for Malaysian audiences.