Now Reading
Hantar Emoji ‘Love’ Merah Boleh Masuk Lokap? Biar Betul?

Hantar Emoji ‘Love’ Merah Boleh Masuk Lokap? Biar Betul?

Penggunaan emoji hati berwarna merah di WhatsApp dianggap sebagai gangguan seksual di Arab Saudi.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Emoji hati berwarna merah selalunya dihantar melalui aplikasi mesej untuk menunjukkan rasa sayang kepada seseorang.

Walaupun ada banyak warna emoji hati yang lain seperti warna ungu, hijau, putih dan sebagainya, tetapi emoji hati berwarna merah lebih menusuk kalbu. Wah gitu!

Tetapi, anda jangan terkejut apabila emoji hati berwarna merah kini menjadi sesuatu yang terlarang di negara Arab Saudi.

Menurut laporan, individu yang menghantar emoji hati berwarna merah boleh dikenakan hukuman penjara dua hingga lima tahun serta didenda tidak melebihi AS$26,649 (RM111,512).

Seorang pakar jenayah siber di Arab Saudi telah mengeluarkan satu kenyataan bahawa penggunaan emoji hati berwarna merah pada aplikasi WhatsApp dianggap sebagai gangguan seksual di negara itu.

Sumber: Wion News

Al Moataz yang merupakan salah seorang ahli Persatuan Anti-Penipuan Arab Saudi memaklumkan penggunaan imej dan ekspresi semasa perbualan secara atas talian boleh bertukar menjadi jenayah gangguan seksual sekiranya ada pihak yang berasa terancam.

Menurut sistem anti-gangguan, gangguan disifatkan sebagai setiap pernyataan, perbuatan atau isyarat yang mempunyai unsur seksual terhadap mana-mana individu yang melanggar kehormatan diri dengan apa juga cara, termasuklah menerusi teknologi moden. Sesetengah penggunaan emoji juga boleh dianggap mempunyai unsur seksual seperti emoji hati berwarna merah dan mawar merah.

Ahli Persatuan Anti-Penipuan Arab Saudi, Al Moataz.

Tetapi anda jangan risau. Penggunaan emoji hati berwana merah di Malaysia masih boleh digunakan dan tiada tindakan undang-undang akan diambil.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd