Now Reading
“Mungkin Omicron” – Jangkitan Virus Dalam Kalangan Kanak-kanak Kian Meningkat

“Mungkin Omicron” – Jangkitan Virus Dalam Kalangan Kanak-kanak Kian Meningkat

Kanak-kanak juga berisiko mendapat Long-Covid iaitu sindrom Covid-19 selepas fasa akut jangkitan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Umum sedia maklum, jangkitan virus Covid-19 dalam kalangan kanak-kanak yang berusia bawah 12 tahun kini telah menunjukkan peningkatan ketara apabila 50,826 orang disahkan positif bermula awal Januari sehingga pertengahan Februari tahun ini.

Memetik laporan Harian Metro, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata seramai 15,817 kes (31.12%) kanak-kanak dijangkiti kategori satu diikuti kategori dua (34,857 kes), kategori tiga (120 kes), kategori empat (28 kes) dan kategori lima (empat kes).


Nota: Laporan statistik di atas telah dikemas kini pada 20 Februari 2022.


Sumber: Malay Mail/Farhan Najib

Pola penggunaan katil harian pesakit Covid-19 dalam kalangan kanak-kanak bawah 12 tahun didapati semakin meningkat seiring dengan kenaikan kes pandemik dalam negara. Peningkatan dilihat lebih ketara dalam Februari 2022 terutama bagi kategori dua hingga kategori lima.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Varian Omicron.

Menurut Dr Noor Hisham, ia mungkin disebabkan oleh penularan Varian Omicron serta peningkatan pergerakan kanak-kanak dalam komuniti susulan pembukaan semula sesi persekolahan, pusat jagaan kanak-kanak dan bayi lalu menyebabkan risiko pendedahan virus.

Kanak-kanak terkesan secara langsung akibat pandemik yang mengganggu kehidupan keluarga serta aspek sosial mereka. Aspek persekolahan dan pendidikan juga terkesan dan pandemik yang berlarutan ini memberi kesan yang tidak sihat kepada perkembangan psikologi dan sosial kanak-kanak.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Mengulas lanjut, Dr Noor Hisham menjelaskan meskipun gejala jangkitan Covid-19 dalam kalangan kanak-kanak kebiasaannya kurang serius berbanding dewasa – namun terdapat juga kes yang memerlukan rawatan di hospital dan sebilangannya memerlukan rawatan intensif di Unit Rawatan Rapi (ICU).


Gejala Covid-19 untuk kanak-kanak.

Ibu bapa di luar sana, sila pastikan jika anak anda mempunyai gejala-gejala Covid-19 seperti di bawah:

  • Batuk dan selesema berterusan melebihi seminggu.
  • Bernafas laju.
  • Kurang aktif.
  • Kurang selera makan.
  • Demam berterusan.
  • Muntah atau cirit birit.

Malah, jika keadaan bertambah lebih serius, kanak-kanak berkenaan boleh mengalami sakit dada, sakit perut, kurang tahap kesedaran dan sawan.

Multi System Inflammatory Syndrome in Children (MIS-C) adalah salah satu keadaan kritikal yang boleh berlaku akibat jangkitan Covid-19 di mana terjadinya keradangan organ dalaman terutamanya jantung, paru-paru dan otak.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

BACA LANJUT: Adult ICU Is Now Full Of Children, What Parents Need To Know About MIS-C


Untuk rekod, bermula Jun 2020 hingga Disember tahun lalu, 174 kes kanak-kanak bawah 18 tahun mengalami MIS-C akibat jangkitan Covid-19 dengan bawah usia setahun (25 kes), setahun hingga bawah lima tahun (38 kes), lima tahun hingga bawah sembilan tahun (64 kes), sembilan hingga bawah 12 tahun (36 kes) manakala lebih 12 tahun (11 kes).

Malah, sehingga kini tujuh kematian kanak-kanak disebabkan oleh MIS-C susulan jangkitan Covid-19 dilaporkan.

Kanak-kanak juga berisiko mendapat Long-Covid iaitu sindrom Covid-19 selepas fasa akut jangkitan. Data terhad yang diperolehi setakat ini menunjukkan risiko ini adalah lebih rendah berbanding orang dewasa namun buat masa ini tidak banyak yang diketahui mengenai kesan jangka masa panjang Long-Covid kepada kanak-kanak.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Manakala, golongan kanak-kanak yang berisiko tinggi untuk mengalami jangkitan Covid-19 yang serius adalah golongan pesakit kanak-kanak yang mempunyai penyakit seperti:

  • Paru-paru kronik.
  • Penyakit jantung.
  • Lemah sistem imun badan.
  • Kencing manis.
  • Sedang menjalani rawatan menggunakan steroid (seperti pesakit autoimun dan transplan), kanser, asma, dan obesiti.

Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd