Now Reading
UiTM Tangguh Istiadat Konvokesyen Ke-93 Gara-gara Peningkatan Kes Virus

UiTM Tangguh Istiadat Konvokesyen Ke-93 Gara-gara Peningkatan Kes Virus

Istiadat Konvokesyen ke-93 yang dijadualkan pada 2 hingga 23 Mac 2022 ditangguhkan ke Jun-Julai 2022.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Umum sedia maklum, situasi pandemik Covid-19 di Malaysia kini berada pada tahap merunsingkan. Kes harian yang direkodkan mulai naik mencanak sehingga menyebabkan orang ramai berasa bimbang untuk keluar rumah, mahupun ke tempat kerja.

Sehingga (17 Februari), 3.11 juta kes telah direkodkan di Malaysia.

Manakala, kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada 17 Feb 2022 untuk seluruh negara adalah 1.27.


Istiadat Konvokesyen Universiti Teknologi Mara (UiTM) ke-93 ditangguhkan.

Berikutan peningkatan kes Covid-19, Istiadat Konvokesyen Universiti Teknologi Mara (UiTM) ke-93 dilapor bakal ditangguhkan.

Penangguhan melibatkan seramai 27,287 graduan itu meliputi kampus UiTM Shah Alam, selain cawangan Sarawak dan Sabah.

UiTM menerusi satu kenyataan menjelaskan bahawa pihaknya mengambil maklum perkembangan semasa mengenai peningkatan jangkitan pandemik ketika ini.

Justeru, Mesyuarat Majlis Eksekutif Universiti (MEU) semalam bersetuju menangguhkan Istiadat Konvokesyen ke-93 yang dijadualkan bermula pada 2 hingga 23 Mac ini.

UiTM.

Istiadat itu dijangka bakal dilaksanakan pada Jun hingga Julai depan.

Terima saranan KKM dan KPT.

Keputusan berkenaan dibuat berdasarkan saranan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) selain kebimbangan UiTM mengenai peningkatan kes Covid-19.

Penangguhan ini mengambil kira keselamatan, kesihatan, kebajikan dan kesejahteraan graduan serta semua warga universiti. Pengurusan UiTM memohon maaf atas segala kesulitan yang dialami oleh para graduan dan ibu bapa.

UiTM.

Mengulas lanjut, pihak UiTM kesal dengan situasi yang berada di luar kawalan mereka dan amat menghargai kefahaman, sokongan serta kerjasama yang diberikan semua pihak.

Maklumat terkini mengenai penangguhan pelaksanaan istiadat konvokesyen boleh dirujuk menerusi laman sesawang konvokesyen.uitm.edu.my atau menghubungi Aminah Aman: wa.me/+60355443110 atau Rozani Mohd Noh: wa.me/+60355443114.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd