Now Reading
Tiada Lagi Kuarantin Untuk Kontak Rapat. Bermula Dengan Pekerja Kesihatan – KJ

Tiada Lagi Kuarantin Untuk Kontak Rapat. Bermula Dengan Pekerja Kesihatan – KJ

Pekerja kesihatan yang mempunyai kontak rapat tanpa bergejala tidak perlu lagi kuarantin diri.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Menerusi sidang media yang diadakan semalam (17 Februari), Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin memaklumkan prosedur kuarantin untuk mereka yang mempunyai kontak rapat dengan pesakit Covid-19 akan ditangguhkan bermula minggu hadapan.

Namun, penangguhan ini hanya akan bermula bagi fasa satu dengan melibatkan sektor perkhidmatan kesihatan awam.

Kontak rapat yang berlaku tanpa disengajakan dilihat telah menyebabkan gangguan kepada sektor ekonomi dan pengurusan pekerjaan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah telah mengeluarkan satu pekeliling kepada pekerja kesihatan tentang protokol baharu bagi mereka yang didapati mempunyai kontak rapat.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

Menurutnya, pekerja kesihatan yang dikesan mempunyai kontak rapat tanpa sebarang gejala tidak perlu lagi dikuarantin dan hanya melakukan ujian saringan pada hari-hari tertentu.

Sumber: Berita Harian

Kerajaan juga mungkin akan melaksanakan protokol yang sama kepada orang ramai sekiranya fasa pertama ini berjaya dijalankan.

Sebelum ini, individu kontak rapat dengan pesakit Covid-19 perlu menjalani kuarantin selama tujuh hari bagi mereka yang tidak lengkap vaksinasi dan dos penggalak. Manakala mereka yang sudah lengkap semua dos vaksinasi pula hanya perlu mengasingkan diri selama lima hari.

BACA JUGA: KKM’s New Quarantine SOP For Close Contact Cases


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd