KJ Gesa Orang Ramai Mula WFH Untuk Cegah Penularan Wabak Di Tempat Kerja
WFH adalah cara terbaik untuk memastikan kes positif tidak naik secara mendadak.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin menggesa majikan supaya kembali kepada polisi bekerja dari rumah (WFH/BDR) bertujuan mencegah penularan wabak Covid-19 di tempat kerja.
Kes baharu Covid-19 telah meningkat dengan pesat dalam masa beberapa minggu ini. Oleh itu, kembali bekerja dari rumah boleh menghalang penularan wabak dan paling penting mencegah peningkatan, kata Khairy menurut NST.
Oleh itu, jika boleh, pertemuan secara bersemuka atau fizikal boleh dielakkan buat masa ini. KKM amat menyarankan majikan untuk menggalakkan bekerja dari rumah atau secara ‘remote’.
Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.
Walau bagaimanapun, Khairy turut memberi jaminan bahawa negara boleh mengharungi gelombang kes Omicron. Tidak seperti tahun lepas apabila Malaysia memerangi gelombang Delta, rakyat lebih bersedia ketika ini dengan kadar individu divaksin penuh yang tinggi dan bilangan kes serius jauh lebih rendah (iaitu Kategori 3, 4, atau 5).

Khairy juga menggesa semua orang untuk terus mengikuti SOP semasa, seperti mencuci tangan, mengekalkan penjarakan sosial, dan memastikan pengudaraan yang baik di rumah masing-masing.
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.
Siti Murni Azman is a Malaysian journalist and editor currently serving as Head Writer and Assistant Editor for The Rakyat Post BM. Known for her relatable and distinctly local storytelling, she frequently covers lifestyle topics including food, café culture, entertainment, consumer trends, and viral social conversations, while also contributing across multiple editorial pillars. Before joining The Rakyat Post, she was involved in social media marketing for AirAsia BIG Rewards, where she worked on digital campaigns and audience engagement. Beyond editorial work, she also manages sponsored content and client collaborations, working closely with brands on digital storytelling tailored for Malaysian audiences.



