Laluan VTL Darat & Udara Malaysia-Singapura Telah Dibuka Sepenuhnya
Laluan VTL akan dibuka sepenuhnya berkuat kuasa serta-merta dengan kapasiti 100%.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!
Ketika fasa pertama Laluan Perjalanan Vaksin (VTL) ini dilancarkan pada 29 November, ianya hanya dikhaskan untuk warganegara, pemastautin tetap dan pemegang pas jangka lama negara yang mereka lawati.
Sebagai contohnya, mereka yang tinggal di Malaysia tetapi bekerja di Singapura dan sebaliknya.
BACA JUGA: Laluan Darat Malaysia-Singapura Dibuka Untuk Semua Pengembara Bermula 20 Disember
Terbaharu, Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) memaklumkan di laman rasmi Twitter mereka bahawa perkhidmatan VTL antara Malaysia dan Singapura melalui laluan darat serta udara telah dibuka sepenuhnya berkuat kuasa serta-merta dengan kapasiti 100%.
Inisiatif VTL ini dilakukan apabila melihat kemampuannya dari segi meningkatkan sektor pelancongan dan ekonomi negara.

Melalui perbincangan yang diadakan oleh kedua-dua negara, laluan VTL ini juga dikatakan bakal diperluaskan ke Pulau Pinang dan juga Kota Kinabalu tidak lama lagi.
Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) dengan kerjasama MOT akan menyediakan kemudahan ujian saringan Covid-19 bagi menyokong inisiatif ini yang bakal dilancarkan.
Manakala untuk VTL laluan darat pula, penjualan tiket bas akan disambung semula berkuat kuasa serta mereta tetapi hanya untuk perjalanan bermula 22 Februari dan seterusnya.
Diharapkan inisiatif ini dapat memberi manfaat kepada rakyat dan dalam masa yang sama kita masih perlu mengamalkan SOP bagi menjaga keselamatan semua pihak.
SIARAN MEDIA
— M.O.T Malaysia (@MOTMalaysia) February 16, 2022
MENTERI PENGANGKUTAN MALAYSIA
PEMBUKAAN SEMULA SEPENUHNYA VACCINATED TRAVEL LANE (VTL) ANTARA MALAYSIA DAN SINGAPURA
MOT ingin memaklumkan bahawa penjualan tiket bas dan penerbangan bagi inisiatif VTL antara Malaysia-Singapura dibuka semula sepenuhnya pic.twitter.com/iWxYPGJzcM
Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.