Rakyat Malaysia Boleh Bercuti Di Thailand Bermula Mac 2022
Pelancong Malaysia yang sudah mendapat vaksinasi boleh tiba di bawah skim kemasukan Test & Go tanpa perlu menjalani kuarantin wajib.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Bila sebut sahaja Thailand, perkara utama yang akan muncul di fikiran adalah: Tomyam dan Koh Samui.
Makanan dan pantai yang sering menjadi pilihan ketika melancong.

(Sumber: Road Trips HQ)
Rindu nak ke Thailand? Jangan risau sebab kerajaan Thailand baru sahaja mengumumkan bakal membuka pintu sempadan dengan Malaysia bermula bulan hadapan (Mac 2022).
Keputusan itu diambil bagi merangsang semula sektor ekonomi dan pelancongan terutama bagi wilayah-wilayah yang terletak di selatan Thailand.
Jurucakap Kerajaan, Rachada Dhnadirek berkata, Perdana Menteri Thailand, Prayut Chan-o-cha telah mengarahkan Persatuan Perkhidmatan Pensterilan Thailand (CSSA) untuk bekerjasama dengan pusat operasi pelancongan dan sukan untuk membincangkan isu mitigasi.

(SME & Entrepreneurship Magazine)
Menurut laporan Bangkok Post, kerajaannya merancang untuk membuka semula pusat pemeriksaan sempadan di beberapa wilayah iaitu:
- Songkhla.
- Yala.
- Narathiwat.
- Satun.
Thailand merancang untuk melaksanakan pengaturan gelembung perjalanan dengan Malaysia – di mana pelancong yang sudah mendapat vaksinasi boleh tiba di bawah skim kemasukan Test & Go tanpa perlu menjalani kuarantin wajib.
Walau bagaimanapun, Rachada menjelaskan mereka masih perlu mengambil dua ujian tindak balas berantai polimerase (PCR) Covid-19 sebaik tiba di Thailand.
Beliau menambah bahawa kerajaan yakin Thailand akan tetap menjadi destinasi percutian pilihan walaupun dalam situasi pandemik yang berterusan.
Perdana Menteri yakin Thailand akan kekal sebagai salah satu destinasi pelancongan utama dunia meskipun dalam suasana pandemik seperti sekarang. Kerajaan akan menyokong usaha untuk menggiatkan semula pelancongan dengan penekanan kepada kesihatan dan keselamatan awam.
Jurucakap Kerajaan, Rachada Dhnadirek.
Untuk rekod, menurut Dr. Suthep Phetmak dari Kementerian Kesihatan Awam, situasi Covid-19 di Thailand dan Malaysia berada pada tahap yang sama.
Memandangkan persamaan dalam bilangan, pegawai-pegawai kesihatan tidak menganggap pembukaan semula sempadan menimbulkan risiko yang ketara.
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.
Siti Murni Azman is a Malaysian journalist and editor currently serving as Head Writer and Assistant Editor for The Rakyat Post BM. Known for her relatable and distinctly local storytelling, she frequently covers lifestyle topics including food, café culture, entertainment, consumer trends, and viral social conversations, while also contributing across multiple editorial pillars. Before joining The Rakyat Post, she was involved in social media marketing for AirAsia BIG Rewards, where she worked on digital campaigns and audience engagement. Beyond editorial work, she also manages sponsored content and client collaborations, working closely with brands on digital storytelling tailored for Malaysian audiences.