Now Reading
Kluster Tempat Kerja Menaik, Majikan Diberi Amaran Untuk Tak Minta Pekerja Positif Hadir

Kluster Tempat Kerja Menaik, Majikan Diberi Amaran Untuk Tak Minta Pekerja Positif Hadir

Kluster di tempat kerja merekodkan peningkatan sejak kebelakangan ini di Melaka.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Umum sedia maklum, jika anda disahkan positif wabak, anda seharusnya berada di rumah atau di mana-mana tempat kuarantin supaya penularan wabak dapat dielakkan.

Termasuklah jika anda disahkan sebagai kontak rapat/kasual.

Jangan mengada-ngada nak keluar kalau dah tahu diri positif.

Majikan diberi amaran supaya tidak meminta pekerja positif hadir bekerja.

Memetik laporan, majikan di Melaka diberi amaran supaya tidak meminta pekerja mereka yang disahkan positif dan kontak rapat kes Covid-19 hadir ke tempat kerja, atau mereka akan berdepan dengan tindakan tegas.

Exco Kesihatan dan Anti Dadah Negeri Dr Muhamad Akmal Saleh menjelaskan ia susulan beberapa aduan diterima pihaknya mengenai majikan di premis seperti kedai makan, pasar raya dan sektor perkilangan yang meminta pekerja datang untuk bekerja seperti biasa walaupun disahkan positif atau kontak rapat.

Mana-mana pekerja yang berdepan situasi ini diminta melaporkan perkara berkenaan kerana kita sedang giat mengekang penularan kluster di tempat kerja ini yang dilihat kian meningkat.

Exco Kesihatan dan Anti Dadah Negeri Dr Muhamad Akmal Saleh menerusi Sinar Harian.

Kluster tempat kerja meningkat.

Kredit: tirachardz via Freepik

Mengulas lanjut, Akmal berkata bahawa kluster di tempat kerja merekodkan peningkatan sejak kebelakangan ini di Melaka dan berdasarkan data yang diterima peningkatan kontak rapat dari tempat kerja meningkat dari 4.8% kepada hampir 10% sejak tiga hari lepas.

Lawatan di sebuah kilang.

Terdahulu dalam lawatan mengejut di sebuah kilang, Jabatan Kesihatan Negeri mengarahkan penutupan selama tujuh hari serta-merta bermula hari ini selepas kes positif Covid-19 di kilang itu didapati meningkat dengan mendadak.

Kilang berkenaan diarah tutup selepas 21 pekerjanya didapati positif pada 5 Februari lepas dan sekiranya kilang itu dapat menyediakan langkah-langkah keselamatan serta pencegahan jangkitan, maka keputusan pembukaan semula akan dibenarkan berdasarkan penilaian dari Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Jasin.

Jabatan Kesihatan negeri tidak sewenang-wenangnya memberi arahan menutup kilang tetapi ia berdasarkan penilaian di tempat kerja, namun sekiranya jika ia telah menular di bahagian lain dan tidak mampu dikawal, arahan menutup kilang terpaksa dikeluarkan.

Exco Kesihatan dan Anti Dadah Negeri Dr Muhamad Akmal Saleh menerusi Sinar Harian.

Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd