Now Reading
“Saya Akur Dikompaun”- Hishammuddin Hussein Didenda Selepas Langgar SOP

“Saya Akur Dikompaun”- Hishammuddin Hussein Didenda Selepas Langgar SOP

Kompaun itu dikeluarkan gara-gara telah melanggar SOP Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) kerana berkumpul.

Farahin Fadzil

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Baru-baru ini, Bendahari Agong Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor Datuk Seri Hasni Mohammad dan Presiden MIC Tan Sri S.A Vigneswaran telah dikompaun ketika menghadiri Majlis Pelancaran Briged MIC Johor di EduCity Kota Iskandar, Johor semalam (13 Februari).

Ketika majlis tersebut, mereka yang hadir didakwa tidak mengamalkan penjarakan sosial. Walaupun kesemua daripada mereka memakai pelitup muka, namun suasana dillihat agak sesak di dalam dewan tersebut.

Menurut laporan, seramai 3,000 orang yang hadir pada majlis pelancaran tersebut.

Perkara itu telah disahkan apabila Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin memuat naik satu tweet di laman Twitter miliknya dengan mengarahkan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk mengeluarkan kompaun kepada ahli politik yang terlibat dan juga pihak penganjur.

Kompaun itu dikeluarkan gara-gara telah melanggar SOP Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) kerana berkumpul.

Tindakan beberapa ahli politik yang tidak mematuhi SOP itu turut mendapat kritikan daripada Ahli Parlimen Segambut Hannah Yeoh di laman Twitter miliknya.

Hishammuddin redha dikompaun

Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang juga Menteri Kanan Pertahanan menjelaskan bahawa dia hadir ke majlis berkenaan sebagai tetamu jemputan dan akui terdapat kelemahan daripada pihak penganjur yang leka dalam mengawal orang ramai.

Program politik memang sebenarnya agak susah untuk dikawal. Jadi bila susah dikawal sehingga melanggar SOP, mereka akan berhadapan dengan kompaun. Saya redha sekiranya saya juga terbabit sekali dikompaun.

Datuk Seri Hishammuddin Hussein menerusi Sinar Harian.

Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

View Comments (0)

Leave a Reply

Your email address will not be published.

8 + nine =

© 2021 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd