Bazar Ramadan Seluruh Negara Dibenarkan Beroperasi Tahun Ini
Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Shahidan Kassim turut berkata penganjuran bazar Ramadan di Wilayah Persekutuan tahun ini juga dibenarkan dan akan dilaksanakan seperti biasa SOP sedia ada.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Persoalan yang paling hangat diperkatakan saat ini adalah: “Bazar Ramadan boleh dibenarkan beroperasi ke?”
Jangan risau lagi sebab Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi satu kenyataan telah memberitahu rakyat Malaysia bahawa tiada sekatan akan dikenakan ke atas kegiatan ekonomi, termasuklah bazar Ramadan 2022.
Tapi jangan suka sangat, SOP kena ikut juga.
Menurut Ismail Sabri, SOP bazar akan diperhalusi dan diumumkan kelak.

(Gambar sekadar hiasan)
Kita tidak akan tutup perniagaan, saya dah sebut raya ke, bulan puasa ke, pasar Ramadan ke, pasar malam ke, masih akan dibuka seperti biasa.
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Malah, Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Shahidan Kassim turut berkata penganjuran bazar Ramadan di Wilayah Persekutuan tahun ini juga dibenarkan dan akan dilaksanakan seperti biasa mengikut SOP sedia ada.
Untuk rekod, pada tahun 2020, operasi bazar Ramadan di seluruh negara adalah tidak dibenarkan bagi mengekang penularan Covid-19.
Manakala pada tahun 2021, operasi bazar Ramadan di kawasan yang dikenakan Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), tidak dibenarkan untuk beroperasi.
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.
Siti Murni Azman is a Malaysian journalist and editor currently serving as Head Writer and Assistant Editor for The Rakyat Post BM. Known for her relatable and distinctly local storytelling, she frequently covers lifestyle topics including food, café culture, entertainment, consumer trends, and viral social conversations, while also contributing across multiple editorial pillars. Before joining The Rakyat Post, she was involved in social media marketing for AirAsia BIG Rewards, where she worked on digital campaigns and audience engagement. Beyond editorial work, she also manages sponsored content and client collaborations, working closely with brands on digital storytelling tailored for Malaysian audiences.