Now Reading
Pelajar IPT Dibenarkan Balik Ke Kampus Bermula 1 Mac Ini

Pelajar IPT Dibenarkan Balik Ke Kampus Bermula 1 Mac Ini

Mereka yang tidak lengkap vaksinasi perlu mengambil RT-PCR sebelum dibenarkan memasuki kampus.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Menurut Menteri Kanan (Pertahanan) Datuk Seri Hishammuddin Hussein, pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) dibenarkan pulang ke kampus secara berperingkat mulai 1 Mac ini dengan kapasiti antara 70% hingga 100%.

Laporan Bernama memaklumkan keputusan itu dibuat selepas Mesyuarat Peringkat Menteri Kuartet Covid-19 ke-12.

Antara prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh KPT dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) adalah pelajar dan kakitangan yang lengkap dan tidak lengkap vaksinasi dibenarkan masuk ke dalam kampus, tetapi mereka yang tidak lengkap vaksinasi perlu mengambil RT-PCR terlebih dahulu dan mendapat keputusan negatif tiga hari sebelum memasuki kampus.

Menteri Kanan (Pertahanan) Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Hishammuddin berkata bahawa ujian pengesanan Covid-19 menggunakan kaedah RTK-Ag juga perlu dilakukan seminggu sekali bagi mereka yang belum melengkapkan vaksinasi.

Sementara itu, hanya pelajar antarabangsa yang lengkap vaksinasi sahaja dibenarkan memasuki Malaysia dan mereka perlu menjalani tempoh kuarantin selama tujuh atau lima hari sekiranya mereka telah menerima dos penggalak.

Beliau juga berkata pihak universiti perlu mempunyai kapasiti mencukupi untuk menampung pelajar yang hadir secara fizikal dan sentiasa mematuhi SOP pengajaran dan pembelajaran yang ketat.

Kerajaan juga memberi kebenaran kepada IPT untuk menjalankan pembelajaran secara hibrid atau secara online.

Pelajar harus mematuhi SOP semasa bersukan dan aktiviti riadah serta mematuhi prosedur awam seperti memakai pelitup muka, mengamalkan penjarakan fizikal dan menjaga kebersihan diri.

Dalam setiap kelonggaran yang diberikan oleh kerajaan, aspek keselamatan dan kesihatan rakyat termasuk pelajar IPT akan tetap menjadi keutamaan. Sehubungan itu, kerajaan menyeru semua pihak termasuk pentadbiran IPT, kakitangan dan pelajar supaya mematuhi SOP yang ditetapkan dengan penuh disiplin dan tanggungjawab.

Menteri Kanan (Pertahanan) Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd