Now Reading
Pulau Pinang Dilanda Ribut Petang Semalam (8 Februari)

Pulau Pinang Dilanda Ribut Petang Semalam (8 Februari)

Kejadian yang berlaku pada sekitar jam lima petang telah menyebabkan pokok tumbang dan bumbung medan selera tercabut.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Sekitar Disember lalu, sekumpulan tujuh pakar cuaca dan bencana tempatan berpendapat bahawa Malaysia bakal berdepan bencana alam di luar jangkaan.

Beberapa kawasan tidak dijangka juga boleh dilanda bencana alam berikutan cuaca yang tidak menentu.

BACA JUGA: Malaysia Diramal Berdepan Bencana Alam Luar Jangkaan Lebih Kerap Selepas Ini

Sebelum ini, penduduk di Kedah dan Ipoh dikejutkan dengan fenomena puting beliung. Pulau Pinang turut tidak terkecuali menerima cuaca yang tidak menentu apabila kejadian ribut melanda negeri itu.

Bumbung tercabut, pokok tumbang

Hujan lebat dan angin kuat yang melanda beberapa kawasan di Pulau Pinang dilaporkan berlaku sekitar jam lima petang semalam (7 Februari).

Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar dan Kebajikan Negeri Phee Boon Poh memaklumkan pihak mereka menerima laporan daripada pasukan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pulau Pinang tentang kejadian pokok tumbang di beberapa kawasan jalan raya.

Sumber: Facebook Penang Press

16 kawasan dilaporkan berlaku kejadian pokok tumbang, antaranya di Jalan Zainal Abidin iaitu laluan ke Bukit Bendera. Satu kejadian pokok tumbang di Jalan Tengku pula telah menghempap sebuah kereta. Mujur tiada sesiapa di dalam kenderaan tersebut ketika kejadian.

Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar dan Kebajikan Negeri Phee Boon Poh.

Dalam pada yang sama, pihak mereka juga menerima laporan berhubung kejadian bangunan medan selera berhampiran stadium mini Sungai Ara yang rosak selepas struktur bumbung tercabut.

Sumber: Facebook JILKA & Jilabiz
Sumber: Facebook Penang Press

Penunggang motosikal terpaksa berhenti dulu

Kejadian angin kencang tersebut juga menyebabkan penunggang motosikal terpaksa memberhentikan kenderaan mereka di bahu jalan di Jambatan Pulau Pinang.

Menurut salah seorang penunggang motosikal di tempat kejadian, dia menceritakan terpaksa memberhentikan motosikalnya sebanyak tiga kali kerana tidak mampu bergerak selepas ditolak oleh angin yang kencang di jambatan itu.

https://www.tiktok.com/@aerulbp7/video/7062280334922059035?_d=secCgwIARCbDRjEFSADKAESPgo8ZpeJsirWLoEnGgXl0HS7%2B4MBPozN965Xu7CWedJLilG7T%2FSJMNhlFsKzwBBm4vhFvQmYT%2BK0vmoB5NzfGgA%3D&language=en&mid=6994366162872093467&preview_pb=0&region=MY&sec_user_id=MS4wLjABAAAAhpvNZyMu6nHziDmz8ZPETbUMLQOpp4INQjhHwTXRF8Xt86aztr02QBjsQR27NgPw&share_app_id=1180&share_item_id=7062280334922059035&share_link_id=6e8958e8-2252-4d22-8d15-bd6fc1580473&source=h5_t&timestamp=1644322607&u_code=d9c51lhch1l51e&user_id=6761348680165065729&utm_campaign=client_share&utm_medium=android&utm_source=copy&_r=1

Walau bagaimanapun, tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian ribut yang berlaku semalam.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd