Now Reading
PRN Johor Dijadualkan 12 Mac Ini

PRN Johor Dijadualkan 12 Mac Ini

Sebanyak 56 kerusi yang akan dipertandingkan di Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar sebelum ini telah memperkenan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor selepas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas, Datuk Osman Sapian meninggal dunia pada 21 Disember lalu.

Hal itu menyebabkan politik di Johor dilihat tidak kukuh dan menyebabkan Barisan Nasional (BN) yang mengetuai kerajaan negeri memilih untuk membubarkan DUN ke-14 pada 23 Januari lalu.

Selepas Mesyuarat Khas Pilihan Raya Umum Dewan Negeri Johor diadakan, tarikh PRN Johor telah ditetapkan pada 12 Mac 2022 oleh Suruhanjaya Pilihran Raya (SPR) bagi mengisi kekosongan 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Sumber: Utusan

Pelaksanaan PRN sudah termaktub di bawah Fasal (2) Perkara 23 Bahagian Kedua, Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895.

Pengerusi SPR Datuk Abdul Ghani Salleh memaklumkan hari penamaan calon dijadualkan pada 26 Februari dan tarikh untuk pengundi awal ditetapkan pada 8 Mac.

Bagi permohonan pengundi pos pula, boleh dilaksanakan secara dalam talian melalui MySPR Daftar di pautan https://mysprdaftar.spr.gov.my.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd