Now Reading
Dua Pemain Ski Kebangsaan Wakil Malaysia Di Olympic Winter Games Beijing 2022

Dua Pemain Ski Kebangsaan Wakil Malaysia Di Olympic Winter Games Beijing 2022

Malaysia telah menghantar dua orang wakil kebangsaan iaitu Jeffrey Webb dan Aruwin Salehhuddin.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Olympic Winter Games Beijing 2022 telah membuka tirai pada 4 Februari sehingga 20 Februari 2022 dan disertai oleh pelbagai negara seperti Kanada, Jepun, Australia, dan Itali.

Dalam acara tersebut, Malaysia telah menghantar dua orang wakil kebangsaan iaitu Jeffrey Webb dan Aruwin Salehhuddin.

BACA JUGA: Perenang Malaysia, Cindy Ong Berjaya Kalahkan Pemegang Rekod Renang Gaya Bebas Negara

Sumber: Twitter NOC Malaysia

Aruwin Salehhuddin

Sumber: Bebas News

Kalau anda nak tahu, Aruwin yang berusia 17 tahun ini adalah atlet wanita pertama Malaysia yang layak ke Olympic Winter Games di Beijing.

Aruwin mula meluncur seawal umur dua tahun sebelum memasuki kelab lumba luncur pada usia lima tahun. Kemudian, dia menyertai Ski Racing Academy pula pada 2015.

Sumber: Twitter NOC Malaysia

Gadis ini baru sahaja menamatkan acara pertamanya dalam Alpine Skiing Women’s Giant Slalom semalam (7 Februari) dengan tempoh masa 2:12:28.

Aruwin bakal berdepan satu lagi acara pada esok (9 Februari).

Jeffrey Webb

Sumber: Buro 24/7 Malaysia

Jeffrey yang berusia 23 tahun merupakan atlet pertama Malaysia yang layak ke Winter Olympics apabila bertanding di PyeongChang pada tahun 2018.

Selain itu, dia juga pernah mewakili negara di Sapporo 2017 Asian Winter Games.

Atlet yang dilahirkan oleh ayah warganegara Amerika dan ibu warganegara Malaysia kini menetap dan menjalani latihan di Amerika Syarikat.

Sumber: Buro 24/7 Malaysia

Jeffrey kini masih mempunyai masa untuk berlatih kerana acara yang disertainya akan berlangsung pada 16 Februari.


Jom kita sama-sama beri sokongan kepada atlet Malaysia yang bertanding di Olympic Winter Games Beijing 2022.

Untuk anda yang nak tengok siaran langsung, boleh lihat di siaran RTM, Astro dan Telekom Malaysia.

Di laman web Olympic Winter Games Beijing 2022, anda boleh memberi tepukan semangat secara online [DI SINI] kepada pasukan kebangsaan kita.

Satu klik = satu tepukan. 👏


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd