Dijamin Tiada Lagi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) – Azmin Ali
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dijamin tidak lagi akan dilaksanakan meskipun kes Covid-19 semakin meningkat di Malaysia.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!
Sidang media melibatkan Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin semalam (7 Februari) menjelaskan bahawa kes Covid-19 di Malaysia telah menunjukkan peningkatan sehingga mencecah 11,000 kes.
Peningkatan kes itu berlaku akibat penularan jangkitan virus Omicron yang mudah merebak dalam komuniti.
Namun, keberkesanan vaksin menjadi faktor kurang pesakit kritikal dan kebanyakannya berada dalam kategori 1 dan 2.
Tiada lagi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali telah memberi jaminan bahawa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tidak lagi akan dilaksanakan meskipun kes Covid-19 semakin meningkat.

Beliau menjelaskan bahawa sekatan itu boleh memberi kesan yang besar terhadap ekonomi negara sekiranya dilakukan semula.
Pada peringkat awal dulu, kita tiada pengalaman dan data yang cukup untuk membuat sebarang tindakan. Selepas dua tahun berhadapan dengan situasi Covid-19 ini, kita tak boleh untuk menanggung kesan sekiranya PKP dilaksanakan semula.
Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Menurut laporan, tempoh tiga bulan pertama PKP pada tahun 2020 telah menyebabkan kadar pengangguran meningkat kepada 5.3% dengan anggaran 826,000 orang yang hilang pekerjaan.

Azmin memaklumkan kerajaan akan mengambil langkah secara bersasar sekiranya kes Covid-19 meningkat secara mendadak.
Soal kesihatan, kita akan usahakan yang terbaik. Dalam pada masa yang sama, ekonomi juga perlu dalam keadaan yang seimbang.
Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.