Perdana Menteri Malaysia Ucap Takziah Kepada Keluarga Rayan
Kanak-kanak lima tahun dari Maghribi itu dilaporkan meninggal dunia selepas lima hari terperangkap di dalam perigi.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!
Seluruh dunia dilanda kesedihan selepas seorang kanak-kanak lelaki Maghribi berusia lima tahun dilaporkan meninggal dunia dalam suatu kejadian.
Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob turut mengucapkan takziah kepada keluarga Rayan Aourram yang meninggal dunia pada Sabtu (5 Februari).
Kejadian berlaku apabila Rayan terjatuh dan terperangkap selama lima hari di dalam sebuah perigi kering yang sempit berkedalaman 32 meter di sebuah kampung di utara Maghribi.

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan salam takziah kepada keluarga Rayan bagi pihak rakyat Malaysia menerusi posting yang dimuat naik di laman Facebook miliknya.
Semoga roh Allahyarham Rayan tenang di sana. Anak syurga adalah milik Allah SWT.
Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Misi menyelamat berakhir dengan kesedihan
Usaha untuk menyelamatkan Rayan telah menarik perhatian seluruh dunia ketika kesemua anggota penyelamat sedang berlumba dengan masa untuk menariknya keluar dari lubang berkenaan.
Rayyan telah terperangkap selama lima hari kerana anggota penyelamat bimbang jika misi menyelamat mereka boleh mengakibatkan tanah runtuh.
Dalam pada masa yang sama, mereka memberikan Rayan makanan dan air melalui ‘tali pusat’ yang dibuat dan memantaunya melalui video.
Namun pada lewat malam hari Sabtu (5 Februari), Istana Diraja Maghribi mengesahkan Rayan telah meninggal dunia selepas dia berjaya dikeluarkan dan dibawa ke hospital berdekatan.
BACA JUGA: Satu Dunia Berduka, Adik Rayan Disahkan Meninggal Dunia
#PHOTOS: Images of #Morocco rescue teams carrying #Rayan – who tragically died after his four-day ordeal in a well – from a tunnel to a nearby ambulance #SaveRayan #قلوبنا_مع_ريان #أنقذوا_ريان https://t.co/rJe3i8Y7iE pic.twitter.com/4eClALjmoB
— Arab News (@arabnews) February 5, 2022

Sebelum ini, kejadian yang sama pernah berlaku. Ada yang bernasib baik kerana mereka sempat dikeluarkan dengan selamat oleh anggota penyelamat.
Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.