Now Reading
Nak Tempah Slot Vaksinasi Anak Anda? Ikuti Langkah Mudah Ini

Nak Tempah Slot Vaksinasi Anak Anda? Ikuti Langkah Mudah Ini

Program Imunisasi Covid-19 Kanak-kanak (PICKids) telah bermula hari ini (3 Februari).

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kini telah melaksanakan pemberian dos vaksin Covid-19 kepada golongan kanak-kanak berumur 5 hingga bawah 12 tahun yang bermula pada hari ini (3 Februari).

Golongan kanak-kanak ini akan diberikan vaksin jenis mRNA iaitu Comirnaty® 10mcg Concentrate for Dispersion (PfizerBioNTech) selepas kajian klinikal mendapati keberkesanannya sebanyak 90.7% dalam meningkatkan tindak balas imun yang tinggi terhadap penyakit Covid-19.

Program Imunisasi Covid-19 Kanak-kanak (PICKids) memerlukan dua dos suntikan dengan sela masa selama lapan minggu selepas dos pertama.

Langkah membuat tempahan slot vaksinasi kanak-kanak

Bagi ibu bapa yang ingin membuat temu janji vaksinasi buat anak-anak, ini langkah mudah yang anda perlu ikuti:

  1. Buka aplikasi MySejahtera dan tekan butang Vaksinasi Covid-19.
  2. Daftarkan anak dan pilih nama mereka sebagai tanggungan vaksinasi.
  3. Selepas sudah mendaftar, tunggu dan klik pada link temu janji yang diberikan.
  4. Tandakan pada petak yang disediakan dan tekan “Sahkan“.
  5. Klik pada pilihan jenis vaksin.
  6. Pilih “Pfizer (Children)” untuk anak anda dan tekan “Sahkan“.
  7. Masukkan poskod atau nama PPV yang berdekatan dan tekan “Cari“.
  8. Pilih slot temu janji vaksinasi anak anda.
  9. Tekan “Lihat Selanjutnya” untuk memilih lebih banyak slot temu janji yang lain.
  10. Klik “Sahkan” selepas memastikan kesemua maklumat adalah betul.
  11. Tunggu pengesahan dan slot janji temu akan dipaparkan di laman vaksinasi anak anda.

Sekiranya ada kesilapan pada mana-mana maklumat vaksinasi, anda boleh membatalkan temu janji dan membuat tempahan slot yang baru.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd