Now Reading
[Video] Tebing Runtuh Di Serdang, 5 Buah Kereta Alami Kerosakan

[Video] Tebing Runtuh Di Serdang, 5 Buah Kereta Alami Kerosakan

Keadaan hujan lebat menyebabkan tanah menjadi mendap dan berlakunya runtuhan tebing sedalam lima hingga enam meter.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Sebelum ini, tular satu video berdurasi 15 saat di media sosial apabila dua orang lelaki dilihat berlari menyelamatkan diri selepas menyedari satu kejadian tanah runtuh di sebuah tebing.

Kejadian tanah runtuh itu dilaporkan berlaku berdekatan sebuah longkang besar di Serdang dan telah menyebabkan lima buah kenderaan di kawasan berhampiran rosak teruk.

Menurut Pengarah Bomba Selangor Norazam Khamis, pihak mereka menerima laporan berhubung kejadian di Jalan LP1A/2 Lestari Perdana pada jam 6.38 petang semalam (25 Januari).

Laporan media memaklumkan keadaan hujan yang sangat lebat sebelum kejadian telah menyebabkan tanah menjadi mendap dan berlakunya runtuh sedalam lima hingga enam meter.

Kredit: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia

Setakat ini, tiada mangsa yang cedera akibat tanah runtuh di tempat kejadian. Kami masih memantau lokasi kejadian untuk memastikan keadaan selamat dan terkawal.

Pengarah Bomba Selangor Norazam Khamis.

Kawasan tersebut kini ditutup kepada orang awam sebelum menyerahkannya kepada Majlis Bandaraya Subang Jaya untuk tindakan lanjut.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd