142 Kawasan Di Klang & Petaling Bakal Hadapi Masalah Air Akibat Paip Pecah
Tangki air akan digerakkan di kawasan utama supaya penduduk masih mempunyai air untuk digunakan.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
142 kawasan di Klang dan Petaling akan menghadapi gangguan bekalan air tidak berjadual berikutan paip air yang pecah awal petang ini, 25 Januari.
Kerja-kerja baik pulih sedang dilakukan di Lebuhraya Persekutuan apabila paip air rosak, kata Air Selangor.
Air Selangor telah segera memulakan kerja-kerja pembaikan paip, dan menjangkakan kerja-kerja pembaikan itu akan siap pada 3 pagi 27 Januari. Perkhidmatan air akan disambung semula secara berperingkat selepas itu.
Tangki air akan digerakkan di kawasan utama supaya penduduk masih mempunyai air untuk digunakan.
Air Selangor ingin memaklumkan bahawa telah berlaku kejadian paip pecah di Seksyen 15, Shah Alam berpunca daripada kerja-kerja pembangunan jalan berdekatan Lebuhraya Persekutuan oleh pihak ketiga pada 25 Januari 2022. #AirSelangor #HentiTugas #2201ShahAlam pic.twitter.com/SQracKSHQo
— Air Selangor (@air_selangor) January 26, 2022
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

I enjoy writing and eating at the same time. I sit at my work desk for hours every day. Oh! I like cafe hopping, though I don't drink coffee. I'm, uh.. indecisive. I see eight sides of everything. Currently leading Bahasa desk for The Rakyat Post as the Head Writer.