Pelajar Tingkatan 4 Dibuli Oleh Senior Gara-gara Berebut Seorang Gadis
Kejadian dipercayai berpunca kerana pelajar senior berkenaan tidak berpuas hati apabila mangsa juga meminati pelajar perempuan yang sama di sekolah berkenaan.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!
Bila sebut bab cinta, memang semua orang berbunga-bunga.
Lebih-lebih lagi anak muda yang masih teruja untuk mengenali seseorang yang diminati. Orang muda panggil ‘crush’ namanya.
Namun, tidak dinafikan gadis yang cantik pastinya akan ada ramai peminat. Betul tak?
Sampai ada kes pelajar sekolah berebut antara satu sama lain. Apa yang berlaku sebenarnya?
BACA JUGA: MARA Bakal Ambil Tindakan Segera Kepada Individu Dalam Video Buli Pelajar
Bergaduh kerana berebut pelajar perempuan
Gara-gara kes berebut gadis di sekolah, seorang pelajar lelaki di daerah Melaka Tengah cedera akibat dibuli oleh sekumpulan pelajar senior.
Pelajar lelaki itu dipercayai cedera di bahagian belakang badan, dada dan juga kaki akibat dipukul oleh 10 orang pelajar senior.
Kecederaan yang meninggalkan beberapa kesan di bahagian tubuh badan menyebabkan abang mangsa membuat laporan polis pada petang semalam (24 Januari).

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit memaklumkan kejadian tersebut dipercayai berpunca kerana pelajar senior berkenaan tidak berpuas hati apabila mangsa juga meminati pelajar perempuan yang sama di sekolah berkenaan.
Hasil siasatan awal mendapati mangsa yang merupakan pelajar tingkatan empat dibuli kira-kira jam dua pagi oleh sekumpulan pelajar tingkatan lima.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit.
Mangsa turut dipaksa untuk berlawan dengan salah seorang pelajar senior berkenaan sambil menahan kesakitan sehingga mengalami bengkak dan luka di badan serta kaki.
Sehingga kini, tiada tangkapan dilakukan dan kes masih disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan.
Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.